Hari hari HARI IBU

===========
++ HARI IBU ++
===========

Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia ni, ibu muda, ibu tua, ibu mertua, ibu kndung, ibu susu, ibu angkat dan ibu ibu lain (tolak la ibu ayam ;)). Ibulah yang melahirkan, membesarkan, mendidik, melindung, menyanyangi, dan segala jenis kebaikan. Ibu tiada tandingannya di dunia.

Kehidupan sebagai ibu saya bermula tahun 2007 dengan kelahiran hero pertama saya. Macam2 perasaan ada. Gembira, takut, risau semua dating silih berganti masa dalam tempoh mengandung lagi. Bila dah dapat baby, happy je rasa. Nak lahirkan anak je dah kene duk kat labor ward tu 9 jam, kene jahit je dah dekat 4 jam (boleh black out pulak masa tu kan..). Dalam sakit2 tu mcm2 terpikir. Cam mana la dulu ibu lahirkan aku. uish, emo sungguh masa tu. Sakit sampai rasa serik nak beranak. Tapi bila ditolak je keluar dr labour ward tu, tgj baby girl terus rasa nak beranak lagi..hehee. tu la ibukan..sakit2, mulut kata tak nak, tapi hati kata nak.indah sungguh saat jadi ibu..

Menjadi ibu, lain orang lain pengalamannya. Alhamdulillah bagi saya agak mudah. Bagi sesetengah ibu, mereka diuji dengan kesihatan anak yang kurang baik. Teringat seorang ibu yang sama-sama menunggu anak yang sakit di wad kanak-kanak. Anak saya hanya kene jaundice. Saya menangis, betul2 menangis. Bila ok, saya buat lawatan ke seluruh katil kat wadtu. Tengok seorang ibu, sabra urus anak dia yang ada masalah jantung berlubang. Anak pertama tu. Saya terus menangis lagi. Apa la ibu tu rasakan??Biar Allah permudahkan segala urusan ibu2 yang mempunyai anak2 yang ada masalah kesihatan ni, tabahkanlah hati mereka.

So, buat ibu2, teruskan lah menyayangi anak anda sepenuh hati. Kitalah insan yang dibekalkan Allah sedikit sifat kasih sayang Nya, Ar-Rahman Ar-Rahim. Peliharalah sifat itu dengan niat kita akan pelihara sifat Allah itu. Insyaallah, kita akan terus dipelihara Allah, termasuklah ahli keluarga kita. Berikan yang terbaik buat mereka. Semoga suatu hari, mereka mampu menjadi insan yang berguna dan soleh..Amin

Selamat Hari IBu

====================================================================== 

❤❤untuk order shaklee, sms/watsapp 01298879897. Fb: sithyharjieah / borneohealthybeauty❤❤
======================================================================

Leave a Reply