Rutin Harian Si Suri Rumah

Menjadi suri rumah sepenuh masa, idaman setiap wanita. Masing-masing berangan nak jadi surirumah. Jaga anak sendiri, boleh relaks, sambil tengok sinetron, masak best-best setiap hari. 

Tapi tak semua boleh rasa semua ni. Jom ikuti cerita saya sebagai suri rumah setelah hampir setahun ni.
Siapa rasa nak jadi queen, jadilah surirumah 🙂
(berhenti sekejap, sambung sapu sampah)

Ok, dah. 
Siapa Kata Senang Menjadi Surirumah

Siapa kata senang jadi suri rumah, bangun paling awal, tidur paling akhir. kadang-kadang rasa kalah kerja cleaner

Bangun paling lambat pukul 5 pagi. Bermula dengan Subuh, sediakan sarapan anak dan suami, kemas anak ke sekolah, kemas rumah, sapu, mop, cuci baju, sidai baju, kadang-kadang baru sempat nak lipat baju semalam, masak, bagi anak makan, mandikan anak, tukar pampers anak yang kencing berak. 
Huish, panjang betul list. Tu belum tengahari lagi. Baru setengah pagi. 
Cerita di tengahari, di mulakan dengan Zuhur. Lepas tu baru sempat nak tengok blog ke. Nak angkat baju kat ampaian lagi. Lepas tu dah kene fikir menu dinner pulak. Yela, nak kene keluarkan apa yang patut dari peti sejuk kan?
Lepas Asar, masak pulak. Kemas rumah mana patut sebelum hubby balik. Yela, kang pengsan pulak dia, satu hal. Dengan rupa bini pun dah macam bibik, rumah lak tunggang langgang. Ish.ish.. Lepa tu nak kene mandikan anak pulak. Siapkan dinner..
Maghrib hingga Isyak, biasa cuba susuk atas sejadah je. Melainkan kalau ada perkara berbangkit 😉
Ini baru sedikit !!
Lepas Isyak, semua naik atas. Mak dia la yang kemas rumah, kemas dapur, etc etc

Naik-naik, tengok semua dah tidur ;(
Wah, ini baru sikit. Belum lagi kene update blog, buat part time bisnes. Memang tunggang langgang lah
Apa-apa pun saya suka apa saya buat.
Apa Yang Seronok Nyer?
Rumah saya tak ada TV di rumah bawah. Yang ada hanya di dalam bilik tidur. Dari bangun pagi sampai nak Maghrib, saya hanya duduk bawah. Saya tak habiskan masa menonton sinetron ke, Rindu 200% ke apa benda. So mata banyak kontrol dari yang tak sepatutnya
Yang ada di bawah hanya komputer. Bolehlah pasang Yassin ke sambil kerja. 
Kat rumah takde orang lain kecuali saya dan anak-anak hero saya. Diorang tak boleh dijadikan teman mengumpat. So, insyaallah selamat mulut dan telinga saya.
Setiap yang saya buat, memang untuk anak, suami. Saya jaga suami, jaga anak, jaga harta suami, jaga makan pakai suami.  Penat, tapi Allah janjikan ganjaran pahala kan. 
Lagi seronok, saya boleh jalan setiap inci rumah saya ni. Rumah takde lah besar sangat. Tapi kalau masa kerja dulu, nak ke belakang rumah pun payah. 

Rumah sekarang memang dah fully utilize. Bayar mahal-mahal, tapi malam je duduk. Baik sewa hotel 🙂 . Itu dulu. sekarang tidak lagi.
Masalah pulak, kereta tak fully utilize. Sebab jarang keluar. (Alah, dulu masa kerja, drive, parking bawah pokok, petang baru drive balik. Sama je pun 😉
Anak, saya jaga sendiri. Takde lah anak mengalami ruam lampin ke, kene gigit nyamuk sana sini ke. Hehehe. Faham-faham je la bila orang lain jaga anak kita.
Rasa banyak pulak yang seronoknyer
Oklah, itu je nak luah. Jadi suri rumah, memang seronok dan kadang-kadang tak seronok. Cuma kita lah yang pilih 🙂

Leave a Reply