Menikmati Hikmahnya Berhenti Kerja

Dah hampir setahun saya berhenti kerja. Tak rasa masa berjalan dengan pantas. Alhamdulillah, masa terisi dengan baik.
Sekarang ni, saya tengah menikmati hikmahnya saya berhenti kerja.
1. Alhamdulillah, ujian bapak saya yang kurang sihat, memberi peluang kepada saya menjaga dia. Kalau dulu saya masih bekerja, sudah pasti sekarang saya tengah risau dengan siapa yang jaga dia. Dengan pergerakan sendiri teramat terhad, dia amat memerlukan bantuan dalam pergerakannya.
2. Anak yang kurang sihat. Hari ni, 2 orang anak saya kene sakit mata. Kalau dulu gelisah nak mintak cuti sebab nak jaga anak. Alhamdulillah, sekarang tak perlu risau lagi dah. Boleh jaga anak sendiri.
Alhamdulillah, saya yakin dengan keputusan yang saya buat satu ketika dahulu, bukan satu kebetulan. Tetapi semuanya aturan Allah.
Dan saya tengah menikmatinya 🙂

Leave a Reply