Tips Kesihatan Ketika Mengandung: Perkara Yang Perlu Dielakkan

Waktu hamil, macam-macam nak kene jaga. Banyak perkara yang bakal ibu perlu lupakan seketika. Semua bagi memastikan janin yang dikandung membesar dengan sihat dan sempurna dalam rahim ibu.

Jom ketahui apa yang bakal ibu perlu elakkan semasa mengandung


#1 Lipstik – Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

#2 Krim pemutih – Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia
dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

#3 Ubat jerawat – Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau,
ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan
seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan
pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi
nanti.

#4 Pewarna rambut – Kalau anda suka bertukar-tukar warna rambut, baik hentikannya semasa hamil, terutama pada trimester
pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam
kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

#5 Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan
usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia
mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang
keseimbangan serta terjatuh.

Moga info ini memberi manfaat buat bakal ibu sekalian 😉

Ingin ketahui set bersalin tanpa jamu? Jom ke sini

Leave a Reply