Tips Kesihatan Mata: Nak Mata Sihat Dan Cantik?

Mata merupakan anugerah terhebat yang Allah berikan. Dengan mata, kita mampu melihat, menikmati nikmat keindahan alam Allah ini. Sikit je sakit mata menghinggap, kita pasti tak selesa. Kalau sakit lain, mungkin boleh tahan lagi kan? 
Hari ni saya nak kongsikan petua/tips untuk memelihara mata kita. Moga bermanfaat buat semua.

#1 Ambil makanan pelbagai warna seperti lobak merah, beri biru, bayam, brokoli, ikan salmon, kekacang dan sebagainya.

#2 Buat senaman mata dengan mengamalkan peraturan 20-20-20. Caranya ialah, selepas 20 minit memandang komputer, pandang objek jauh sejauh 20 kaki, selama 20 saat. Selain itu gerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan bagi meningkatkan peredaran darah.
#3 Kekalkan kelembapan mata, dengan mengelipkan mata lebih kerap. Anda juga boleh letakkan tumbuhan atau air di atas meja keteki bekerja di dalam persekitaran berhawa dingin.
#4 Lindungi mata dari sinaran UV, seperti mata kita lindungi kulit. Pakai kaca mata hitam dengan lapisan pelindung UV.
#5 Berhenti merokok. Nikotin di dalam rokok boleh mengecutkan salur darah dan menghad aliran darah ke mata. 
#6 Elakkan silau dari komputer dengan memastikan skrin tidak terlalu terang, memasang alat anti silau pada skrin komputer atau menggunakan cermin mata yang mempunyai lapisan anti pantulan dan laisan penyerap cahaya biru
#7 Jalani pemeriksaan mata berjadual
#8 Mengambil supplement atau makanan yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung UV semulajadi
Carotomax Shaklee : Supplement Lengkap Untuk Kesihatan Mata
Carotomax Shaklee mengandungi 6 varieti karotena (alpha carotene, beta carotene, lycopene, astaxanthin, lutein dan zeaxanthin) diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksida. Jemput baca di sini bagi mengetahui fungsi setiap satu fitokimia ini di sini.
Dengan hanya pengambilan sebiji sehari carotomax ini, ia menyamai memakan 102 hidangan pisang, 714 hidangan aprikot, 113g ikan salmon, serta 89 hidangan rasberi. 
Manfaat utama Carotomax termasuklah:
  • mempertingkatkan penglihatan
  • meredakan penyakit kulit
  • melindungi lapisan kulit
  • melawan cancer dan pengoksidaan
  • menghalang jangkitan 
  • menggalakkan perkembangan tubuh badan yang normal dan sihat.
Ingin Mencuba Carotomax?

Dengan hanya RM 74.00 bagi kesihatan mata, kulit dan tubuh badan, ianya adalah amat berbaloi. Ia juga dijamin selamat. 
Untuk order atau pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi saya di nombor di bawah. Konsultasi percuma dan terbaik akan diberikan 🙂

Leave a Reply