Tips Meneran Dengan Betul Semasa Bersalin

Semalam, seharian mencari tips meneran dengan betul. Dah minggu 34 ni, cuak je rasa. padahal anak nak masuk 4 orang. 😉

Sekali, malam, ada orang share tips ni kat facebook saya (Ni orang kata, law of attraction). Jadi, sebelum saya lupa (untuk anda juga), saya kongsikan di sini.

Tips Meneran Dengan Betul Semasa Bersalin

1. Angkat kepala dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan anda kurang tenaga dan lemah
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda.
7. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas kemudian sambung teran tiap kontraksi
8. Tolak semasa kontraksi sahaja sebab masa tu baby pun gerak sama, jadi jangan buang masa
9. Baca Bismillah, Selawat

Tips tambahan: kongsi lah tips ni dengan suami supaya dapat
mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa disebabkan menahan
sakit. Bila suami dah tau senang lah dia memberi panduan kepada anda 

Jadi, selamat bersedia bakal-bakal ibu sekalian. Saya doakan semua proses kehamilan dan kelahiran kita berjalan lancar.

Untuk mengetahui mengenai Set Bersalin Tanpa Jamu, boleh la ke link ini. 

One Response

  1. rahaton azirah ramli 6 November 2014

Leave a Reply