Tips Ketahui Tangki Minyak Kereta Di Kiri atau Kanan

Hari ni nak cerita luar sikit dari perihal vitamin.

Seringkali kita nak beli minyak kereta, tak kisahlah kereta baru atau lama, tak tahu tangki minyak di sebelah kiri atau kanan.

Akhirnya, samada bukak tangki siap-siap sebelum sampai stesen minyak, atau kita jengok-jengok belah mana tangki minyak.

Bagaimana nak ketahui tangki minyak kita kiri atau kanan? Sila perhati logo minyak di papan meter kereta kita. Di sebelah gambar tangki minyak tu, ada satu anak panah kecil, yang menunjukkan tangki minyak di kiri atau kanan.

Jadi, buat semua, bolehlah perhati papan meter anda 🙂

Leave a Reply