Kulit Muka Kasar Seperti Kertas Pasir? Ketahui Punca Dan Penyelesaiannya

Kulit muka kasar seperti kertas pasir? Menggerutu? Nak pegang sendiri pun rasa geli? Ini semua disebabkan oleh bintik-bintik hitam atau pun bintik-bintik putih yang terdapat di hidung, dan di sekelilingnya. 

Apa Itu Blackhead & Whitehead?

Kulit kita mengandungi sejenis bahan berminyak yang bernama sebum, yang menjadi pelincir kepada sel dan folikel-folikel rambut. Pada kebiasaannya, sebum akan mengalir keluar ke permukaan kulit. Apabila sebum tersumbat oleh kumpulan minyak dan kulit mati di kulit, bakteria akan mula berkumpul di bawah kulit. Ia akan membentuk whitehead.

Blackhead pula terjadi apabila pembukaan liang-liang roma terjadi, dan mendedahkan melanin (bahan yang menentukan warna kulit) di dalam sebum ke udara dan menyebabkan ia menjadi hitam  (teroksida). Bintik-bintik hitam ini bukan disebabkan oleh kekotoran, dan tidak dapat hilang walaupun digosok.

Untuk lebih faham, anda boleh tengok video di bawah ini.

Cara Saya Buang Bintik Hitam DAHULU, Tapi Tak Menjadi

Saya juga tidak lari dari masalah kulit muka seperti kertas pasir ni. Dahulu, apa saya selalu buat adalah menggunakan petua mudah untuk hilangkannya. Antara cara yang saya gunakan adalah sengan menggunakan ‘nose patch’ yang dibeli di farmasi, memicit menggunakan ‘stick’ dan menggunakan kapas dan telur sebagai masker. 

Masa mula-mula guna cara ni, especially yang masker telur tu, memang puas hati.Tengok pulak blackhead dan whitehead melekat keluar, wah!!!!! bestnyer.. Tapi lepas ehari dua, liang roma yang terbuka tadi menjadi hitam kembali dengan cepat. Ini kerana liang roma terbuka menyebabkan sebum yang keluar teroksida dan menjadi hitam. 

Jadi, selepas itu, saya dah tak buat dah cara-cara ini. Sebab kesan bintik hitam yang makin menjadi


Cara Sekarang Dan Ia BERKESAN!!!!

Sekarang saya hanya amalkan mencuci muka dan mengambil vitamin untuk mengawal bintik hitam dan ia amat BERKESAN.

1) Shaklee NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Pencuci muka ni saya guna hanya kerana nak cuba produk Shaklee. Tetapi bila guna je, saya rasa amat berpuas hati. Masa tu baru guna 3-4 hari rasanya. Pencuci muka ni amat lembut. Guna pulak sikiiiit sangat. Kesan pertama saya alamai masa tu, lepas cuci je, muka nampak cerah berseri. Lepas 2-3 hari, rasa ‘kertas pasir’ kat hidung ni mulai hilang. Satu lagi yang best, kulit berminyak mulai hilang. Kalau dulu, petang tak cuci muka je, minyak kat muka dah tahap boleh buat minyak untuk menggoreng ;). 

Pernah sekali saya putus stok pencuci ni seminggu, Alhamdulillah, memang minyak di muka terkawal dengan baik. Takde lah berkilat-kilat muka 😉

2) Sustained Release Vita-C Plus

Ni vitamin kesayangan saya. Memang amat baik untuk kulit. Baik untuk penghasilan kollagen di kulit. Baik juga sebagai ‘mendinding’ diri daripada penyakit. Dengan pengambilan setiap hari vitamin c, ia boleh membantu kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. (Pigmen ni yang boleh menyebabkan jeragat. Jemput baca di sini untuk mengetahui punca dan cara penyelesaian menghilangkan jeragat).

Ingin Mencuba Kedua-dua Produk?

Pembelian kedua-dua produk ini amat-amat berbaloi, untuk kecantikan dalaman dan luaran. Dengan harga pencuci muka RM119.00 untuk 150ml dan bertahan sehingga 4 hingga 6 bulan, dan SR vita-c hanya RM 92.50 untuk 180 biji dan bertahan 2 hingga 3 bulan, ianya amat berbaloi-baloi. 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kedua-dua produk di atas, bolehlah hubungi saya seperti di bawah. Konsultasi percuma diberikan 🙂

No Responses

Leave a Reply