Tips Elak Muka Kusam Semasa Pantang Agar Suami Tidak Lari Walaupun Sudah Beranak 4

Pernah tak korang yang dalam pantang, kene kutuk dengan hubby sendiri? Muka macam orang baru je lepas kematian suami. Kalau bukan suami kutuk, mesti ada Makcik Bedah ke, Makcik Joyah ke yang tegur kan? Sakit hati je dengar kan? Lagi-lagi kalau ada ayat penambah rasa, nanti suami lari baru tau!!!!

Waktu berpantang antara waktu paling mencabar. Dahla kene susukan bayi je memanjang. Rehat tak cukup. Tenaga kurang. Nak buat itu ini semua tak boleh. Ingat dulu masa berpantang anak no 2, muka ni dahla tak berseri, masam mencuka sebab stress pulak. Orang datang rumah asyik tegur muka macam orang baru lepas mati laki. Sabar je lah akak..
Alhamdulillah, berpantang anak ke 3, makcik pulak tanyer. Kenapa muka ko kali ni tak macam ko pantang no 2, macam orang baru lepas mati laki? Ko ambik apa? Padahal jamu semua ko tak ambik. Senyum je la.
Meh, ai nak kongsikan apa rahsianya.
Jangan Stress
Serius, ni paling susah. Lagi-lagi bila dah ada hero 4 orang. Wah, amat mencabar. Alhamdulillah, kali ni saya berpantang penuh dengan set berpantang shaklee. Salah satu vitamin yang amat membantu adalah B Complex. Vitamin ini orang panggil anti-stress vitamin jugak. 

Memang amat berkesan bagi saya yang ada sejarah meroyan masa berpantang. 

Minum Banyak Air
Yang ni pun penting. Banyak air, maksudnya 3L yer, bukan 3 gelas. Air yang mencukupi membuat kita lebih segar dan muka lebih berseri. 

Takdelah kering macam orang berpuasa tak berbukak-bukak puasa sebulan. 

Tetap Kekal Bertenaga
Pastikan badan kita tetap bertenaga. Ambil makanan seimbang. Jaga makan. Ambil makanan yang memberi tenaga. Kalau nak lebih mudah, ikut macam saya. Ambil je VitaLea Shaklee. Selain dapat memberi tenaga berterusan, ia juga membantu menambah darah ibu yang berpantang, selepas banyak darah yang keluar. 

 Takde lah muka macam hantu tepung gomak. 

Banyaklah lagi ibu-ibu berpantang boleh amalkan. Contohnya berzikir sentiasa. 
Jadi, sebelum mak mertua pulak tegur muka macam lepas kematian suami, jom kita amalkan tips di atas. Takdelah lah suami pergi carik lain kan?

Leave a Reply