Pengalaman Pertama Menyusu Anak Sepenuhnya Setelah Empat Anak

Alhamdulillah, anak saya ke empat, baby Musa bulan depan dah nak masuk setahun. Maka, hampir genaplah setahun saya menyusukan Musa secara eksklusif, tanpa susu tepung. Walaupun dah beranak empat, Musa inilah anak pertama saya yang menyusu sepenuhnya. Kerana kecetekan ilmu, anak-anak saya tak dapat menikmati susu badan macam Musa. Tapi, rupanya, bukan mudah menyusukan anak.

Kalau mudah menyusukan anak, dah pasti saya susukan semua anak-anak saya dengan susu badan. Banyak yang kene tahu mengenai penyusuan ekslusif ni. Ilmu menyusu saya memang teramat cetek. Bayangkan, anak pertama saya tak menyusu langsung anak saya. Alasan saya, takde susu. Padahal, langsung takde contact dengan anak dan susu. Memang cetek ilmu betullah. 
Pengalaman menyusukan badan secara eksklusif ni menyeronokkan tapi agak mencabar jugak

Apa Yang Seronok?
1. Bonding yang close antara anak dan ibu. Bila menyusukan anak, ada satu perasaan yang ‘close’ yang susah nak explain. 
2. Jimat. Memang amat-amat jimat sebab tak payah belikan susu. Susu dari sumber semulajadi. 🙂
3. Tak payah nak bangun bancuhkan susu malam-malam. Selak je baju. Anak-anak yang lain masih menyusu botol. Tapi malam, menyusu sebelum tidur je.
4. Kalau nak jalan, tak risau nak siapkan susu dan bawak beg besar-besar
5. Ibu kurus… Ni part best untuk saya yang memang payah nak kurangkan berat badan. Sejak melahirkan sampai sekarang dah turun 10kg. 
Yang oren tu raya tahun ni. Yang hitam, setahun lepas.
Apa Pulak Cabarannya?
1. Anak tak boleh jauh. Siang atau malam. Huhuhuhuhu.. Kalau nak jalan, memang kene bawak sekali.
2. Anak tak nak susu botol. So, bergayut je dengan kita
3. Cik B asyik kene gigit. Ini serius sakit. Sampai ada masa, luka sampai 2 minggu. Nak menyusu, tegang seluruh badan tahan sakit. Kadang-kadang rasa nak je mengalah dan berhenti menyusukan anak. ;(
4. Malam tak lena tidur. Baby  menyusu tiap 2 jam. Bila baby susu badan, susu badan senang dicerna. Jadi dia akan cepat lapar balik. Jadi mulalah merengek nak susu.
Apapun cabarannya, Allah dah janjikan ganjaran yang besar buat ibu yang menyusukan anaknya. Dan menyusu merupakan tuntutan Allah yang tertulis di dalam Al-Quran. Banyak lagi ganjaran dan hikmah yang tersembunyi di sebalik penyusuan ibu.
Walaupun anda ibu yang susah untuk menyusukan anak, atas apa jua alasan, samada tiada susu, puting tenggelam, bekerja, saya sarankan cubalah untuk menyusu walau seorang anak kita. Rasailah nikmatnya menyusukan anak. Tambah ilmu dalam penyusuan kita. Dan niatlah hendak menyusukan anak selama 2 tahun. Insyaallah, walau sekuat mana cabaran, kita akan lebih kuat dan Allah akan mudahkan segalanya.

Selamat Menyusukan Anak!!!

Leave a Reply