5 Kesalahan Semasa ‘Potty Train’ Sampai Anak Terus Tak Nak Cuba Lagi

Minggu lepas, hari pertama saya latih anak saya yang no 3, Ibrahim (3 thn 3 bulan), potty train. Kalau dulu, abang-abangnya, potty train kat rumah orang yang jaga mereka, Sabtu Ahad je saya jaga. Tapi kali ni saya kene handle penuh ;). Tapi dari pengalaman jaga abang-abangnya lepas, ada beberapa kesalahan yang saya buat ketika ajar mereka ‘potty train’. Jom saya share kan bersama.

#1.  Mula terlalu cepat

Mau tak risau tengok anak orang lain semua dah tak pakai pampers. Lagi-lagi umur anak semua cecah 2 tahun, masih pakai pampers. Tak boleh jadi ni, anak orang lain dah tak pakai pamper. So, saya pun cuba lah, padahal anak tak ready lagi. Diorang nak cakap pun tak clear, kita pun tak faham. Ini kesalahan pertama saya. 

Nak mulakan potty train sebelum anak bersedia, hanya akan buat ianya lebih susah dan akan ambil lebih masa. Sebenarnya, takde masa yang tepat untuk mulakan potty train ni. Anak-anak kebiasaannya akan bersedia pada umur 18-24 bulan, tapi ada yang bersedia hanya pada umur 3-4 tahun (anak saya pun semua nya 3 tahun lebih). Kita kene perhati tingkah laku anak, pemahamannya. Baru dapat decide dah boleh start potty training ke belum.

Kalau ibu-ibu dah try buat beberapa minggu dan belum berjaya, mungkin kene hentikan sekejap dan boleh mula balik beberapa minggu selepas itu.

#2. Mula pada masa yang salah

Ajar anak potty train pada musim hujan, memanglah anak asyik terkencing. Pastu anak kene marah. Hehehe.. 
Kene pilih masa yang betul-betul sesuai. Anak-anak ni dia ada rutin harian tersendiri. Sebelum ni, makan, main, tidur je. Nak berak kencing pun dalam pampers je. Kali ni kita nak dia kencing di toilet. Ganggu rutin harian mereka. Jadi kene pilih masa yang sesuai nak mulakan. Saya pilih mulakan ketika hari abang-abangnya bersekolah, contoh Isnin. Jadi ada seminggu nak monitor tanpa gangguan abang-abang 😉

#3. Tekanan untuk anak

Jika anak mula menunjukkan minat nak potty train, itu sangat bagus. Tapi jangan paksa mereka untuk lakukan dengan cepat. Nanti diorang takut, terus tahan je dari nak masuk toilet. Satu hal pulak jadi sembelit 😉

Bagi diorang masa untuk biasakan diri dengan proses ini. Diorang akan bertindak ikut kelajuan diri mereka sendiri. Bagi mereka semangat 

#4. Ikut jadual orang lain

Mesti selalu dengar, “anak ko dah 2 tahun, ajar lah dia tak pakai pampers. Tengok anak si Joyah tu, umur setahun dah tak pakai pampers”.. Nak buat apa? Senyum je. Cakap je “Takpe, kitorang ada perancangan sendiri. Kami tak risau” 
(Asal jangan jawab ” alah, biarlah, aku mampu lagi beli pampers” hahahhaha)

Cara potty train berbeza dari generasi ke generasi. Sekarang, kebiasaannya kita akan tunggu tanda dan signal yang anak kita dah ready untuk potty train. Menurut kajian, kanak-kanak tidak dapat mengawal otot pundi kencing dan dubur mereka hingga berumur 1 tahun 6 bulan. 

#5. Menghukum anak

Jangan hukum anak atau marah anak yang belum bersedia untuk potty train. Relaks, marah hanya akan membuat mereka lebih takut dan ia akan lebih mengecewakan kita. Tenang je kalau anak kencing merata, dan kalau rasa nak gigit lidah ke, gigit lah. 

Mengajar anak potty train ni hanya beberapa kali dalam seumur hidup kita. Jadi kita enjoy je layan anak-anak kita yer ibu-ibu.

Semoga semua ibu berjaya dengan jayanya dengan misi ini.

# Saya pun belum berapa berjaya ni. Tengah menuju kejayaan 😉

Leave a Reply