5 Sebab Mengapa Kita Perlu Elak & Bebas Dari Barah

Entry kali ni, saya nak share sikit antara 5 sebab kenapa kita perlu elak serta bebas dari barah. Ada banyak lagi sebab sebenarnya. Tapi ni saya ambik dari pandangan saya sebagai anak kepada pesakit barah. Dan saya meletakkan diri sebagai pesakit barah itu sendiri. 

5 SEBAB KITA HARUS ELAK BARAH


#1: Kos perubatan yang semakin meningkat

Semua maklum, kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. Ubat pulak semakin mahal. Belum lagi kos pembedahan, kos kimoterapi, kos sampingan yang lain. Semakin banyak di berita yang sangkut nak bayar kos perubatan. Ada yang buat loan bank semata-mata nak bayar kos perubatan. 
Masa arwah ayah sakit last year, kos untuk rawatan kimo arwah je dah RM33,000. 
kos rawatan penyakit barah di Malaysia
Ikut poster kat atas ni, pada tahun 2023, akan berlaku peningkatan sebanyak 3x ganda untuk rawatan barah di Malaysia. Gerun tak gerun? Kos perubatan je dah sama harga sebuah kereta. 
Jadi amat penting kita kekal sihat agar kita mampu mengelak dari terbeban dengan kos perubatan ni. Tapi nak sihat pun, berkorbanlah sedikit dengan makanan kesihatan/ supplement. 
Orang kata, ingat sihat sebelum sakit 😉

#2: Rawatan barah itu menyakitkan

Ramai yang kata rawatan barah, seperti kimoterapi tu menyakitkan. Sama ada secara direct atau indirectly. Sama ada secara terus atau kesan sampingannya. Pengalaman saya sendiri menjaga pesakit barah, memang menyayat hati. Beberapa kali jugak sembunyi kat belakang kawan sebab air mata keluar. 
Kekal sihat, dan jauh dari barah.. Hanya itu yang mampu kita buat untuk merasa kesakitan rawatan penyakit barah itu sendiri. 


#3: Menjadi bebanan kepada orang lain

Kalau tanya kat orang sakit, selain masalah kewangan, masalah menjadi bebanan orang salah satu yang paling mereka nak elakkan. Kalau boleh, kita nak langsung susahkan sesiapa, apa tah lagi anak, pasangan dan ibu bapa kita. Bila sakit, kita akan menjadi bebanan kepada mereka yang kita sayang. Nak kene bawak kitak ke hospital, nak temankan kita admit pulak, nak jaga kencing berak kita pulak, nak bawak pergi kimo lagi. Time tu, mesti kita akan rasa down sangat dan berharap kita mampu uruskan semua sendiri dan menjadi sihat balik, kan? 
Saya sendiri dah jumpa beberapa pesakit barah, yang pasangan mereka terpaksa berhenti kerja, atas sebab nak menjaga pasangan mereka. Mesti kita tak nak begitu kan? Maka, stay healthy!!

#4: Kasihan kat anak-anak

Ini yang saya sendiri alami. Takdir, kita terima. Tapi, bila boleh usaha untuk elak dan rawat, kita usaha.
Pada usia 7 tahun saya dah kehilangan mak, manakala adik saya hanya berusia 3 tahun dan sorang lagi, 11 bulan. Mak saya meninggal disebabkan barah ovari. Bayangkan yang meninggal itu kita? Anak kecik. Sedih wei!!! Tak leh nak bayangkan.

#5: Susah nak beribadat

Sebagai muslim, solat adalah kewajipan. Sesakit mana pun kita, solat tetap wajib, walaupun solatanya dengan pergerakan mata. 
Tapi, mana yang lebih nikmat solatnya, dalam keadaan sihat, atau sekadar baring di atas katil? Sedangkan bila sakit lutut dan tak boleh sujud pun dah hilang rasa nikmatnya. Sujud tanpa dahi mencecah lantai, rasa tak sampai nikmat solat kan?

LANGKAH ELAK BARAH

Barah boleh dielak. Ya!!
Antara langkah yang kita boleh ambil untuk mencegah barah sebelum terjadi termasuklah:
  • Menjaga pemakanan, pilih yang halal, organik & kurang diproses
  • Pengambilan vitamin antioksidan
  • Bersenam & riadah minda
  • Berfikiran positif
  • Perkukuh amalan rohani
  • Berusaha memperbaiki mutu kesihatan

SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK BEBAS BARAH

Bagi mengelak radikal bebas yang menyerang sel kita menjadi barah, VIVIX Shaklee mampu membantu meneutralkan radikal bebas tersebut. Radikal bebas ini hadir daripada pemakanan kita dan juga dari pencemaran yang berlaku di sekeliling kita. 
Vivix merupakan antioksidan yang hebat. Ia mengandungi resveratoral yang berfungsi untuk membaik pulih DNA yang rosak akibat radikal bebas, mahupun serangan sel kanser, sekaligus membantu mengurangkan kanser.
Biasanya kesan akan kelihatan selepas konsisten 6 bulan bersama Vivix Shaklee.
MANA NAK DAPAT VIVIX NI?
Sekiranya anda ingin mencuba Vivix dan ingin mengetahui lanjut mengenai Vivix ni, anda bolehlah hubungi saya di 012-887 9897. Insyaallah saya akan guide anda rapat-rapat 🙂

Leave a Reply