Tips Mudah Minum 3L Air Sehari Supaya Anda Kurus

Kalau tengok testimoni orang yang munum 3L air sehari ni dah biasa kan? Ada yang kurus, muka makin tegang, muka makin glow, kulit makin bersih, semua kesan pengambilan air yang cukup. Tapi, ada sesetengah dari kita, termasuklah saya sendiri, nak minum air 1L pun rasa nak termuntah. Apatah lagi nak minum 3L. Tapi, akhirnya saya berjaya habiskan 3L dengan beberapa tips mudah ni.

Tips ni saya sendiri amalkan, sebagai seorang suri rumah. Kalau sesuai untuk yang bekerja di ofis pun boleh cuba. Kalau tak, mungkin boleh ubah suai sikit: )

1. GUNA BOTOL YANG KECIL

Ini namanya, teknik tipu otak. Hahahha. Saya ni nampak je botol besar, rasa nak termuntah terus. Jadi nak tipu otak saya dengan ‘ala, sikit je ni’, saya buat macam ni. 
Saya gunakan botol kecil, macam 500ml tu (contoh air mineral botol kecil). Ha, nampak kecikkan? Nak habis senang je. Kadang2 lepas sapu rumah, jemur baju dah habis 500ml. Belum sempat nak pukul 8, dah habis 500ml. 
Nak habiskan 4L pun mudah ikut tips ni.

2. SUSUN MASA

Anda boleh susun masa ikut cara di bawah
Pagi (Sebelum, selepas sarapan, selepas selesai kerja rumah)
Petang ( Selepas makan tengahari, ketika menonton sinetron, sebelum berkebun)
Malam (Selepas makan malam, sebelum tidur dan tengah malam)
Setiap masa pagi, petang dan malam anda bleh minum 1L air. Then pecah-pecahkan 2 botol 500ml, maka senang nak habis. Ingat tips no 1? 😉

3. AIR SEDAP

Ramai yang tak biasa minum air kosong. Kalau arwah bapak saya dulu, dia kata, asal ada warna sikit, tak manis pun takpe. Asal jangan kosong. Hehehe
Cara saya, saya buat honey lemon sejuk. Mau tak sabar nak minum. Hehehe. Kurus akak nanti, cayerlah!!
Ssaya buat macam ni, 4 hiris lemon masuk dalam botol 500ml. Isi air panas setakat nak tenggelamkan lemon tu. Lepas tu masukkan air sejuk. Bukan ais ok. Masuk sampai penuh botol. Masuk madu. Nak lagi best masuk teh hijau. Shake, dan minum. 
Ni boleh detoks badan jugak tau! Boleh kurus!

4. BOTOL AIR DAN KITA BERPISAH TIADA

Saya bawak air ke mana, kalau keluar rumah lah. Kalau kat rumah, saya letak botol air dekat dengan saya. Bila nampak botol air, pasti minum. Yang selalu jadi kes tak minum sebab botol air tak nampak di depan mata. Malas nak angkat ambik lah tu..
Sekian dulu pasal cara mudah nak minum 3L air sehari. Kalau untuk yang bekerja, mungkin boleh atur ikut cara anda. Yang pasti, tips no 4 tu berkesan untuk sesiapa sahaja. 😉

PENTINGNYA AIR KEPADA BADAN

Kenapa air penting kepada badan kita? Ada banyak sebab, antaranya adalah:
  • Badan kita terdiri daripada 70% air. Jadi nak kekal lembab, kena minum air mencukupi untuk gantikan air yang terhidrat seharian
  • Air mampu untuk mengeluarkan toksin di dalam badan kita yang hadir bersama dengan makanan atau persekitaran kita
  • Meningkatkan tenaga dan metabolisma badan dan membantu kita turun berat badan
  • Membantu membina dan memperbaiki otot menjadi lebih pejal
  • Meningkatkan imun sistem memalui pembuangan toksin
  • Mengekalkan pH badan

Ni musim panas, pastikan anda minum cukup air. Takut terjadi strok haba pulak. 
Jumpa nanti pulak

Leave a Reply