4 Makanan Sabotaj Diet Yang Anda Ingat Baik Untuk Anda

Sebab nak diet kan, kita pilihlah makanan yang kita rasa sihat semua. Nak minum berkarbonat pun, pilih yang ‘lite’, ‘diet’ kan? Bukan anda je, saya pun sama. Tapi lepas saya baca buku pasal detoks, eat clean ni, baru ku tahu banyak benda instead of kita ingat buat kita sihat, rupanyanya buat kita makin tak sihat.. Banyak rupanya makanan yang sabotaj diet kita rupanya.
Antara makanan/minuman yang sabotaj diet kita tanpa kita sedar adalah:
#1: Minuman Diet
Haa, siapa sukar ambik air zero sugar, lite drink, zero caories, etc etc?? Anda kene baca ni.
 Jangan ingat yang zero sugar tu tak manis dek non. Saya pernah try jugak, yela nak rasa part mana zero tu. Eh, manis jugak. Akhirnya baru saya tahu, kemanisan air tu bukan sebab gula biasa yang digunakan, tapi gula artificial atau gula tiruan yang digunakan. Rupanya gula tiruan pun tak baik.

Satu kajian di San Antonio melibatkan 3,500 orang selama 9 tahun  mendapati, BMI mereka yang mengambil gula tiruan ni adalah meningkat hampir 50% daripada mereka yang mereka yang tidak mengambil gula

Terdapat beberapa teori:

  • Gula sebenar buat anda rasa kenyang, tetapi gula tiruan membuat anda cepat ingin mengambil lemak dan protein. 
  • Pemanis tiruan ini akan menyebabkan anda metabolisma badan anda kurang, dan menyebabkan anda makin cepat naik berat badan.
  • pemanis tiruan ni jugak boleh menyebabkan toksik di sebahagian otak kita yang tidak merangsang rasa kenyang, dan akhirnya kita akan gemuk
#2: Produk Rendah Lemak
Rendah lemak tak semestinya bermaksud rendah kalori. 
Pengilang ni kebiasaannya akan menambahkan gula untuk memberi rasa yang hilang daripada lemak. Maka, makanan rendah lemak atau tanpa lemak boleh jadi sama banyak atau lebih kalori daripada versi yang asal.
Tapi sebelum ni saya pun tak perasan. Beli pakai tengok je rendah lemak, tanpa lemak, tanpa gula, tapi tak tengok pun label fakta nutrisi kat belakang tu kan? Jadi lepas ni, kita kene perhatikan label nutrisi kat belakang paket makanan dan minuman kita.

Nak tahu cara tengok label nutrisi kami akan share dalam program Slim Raya 2016 bersama saya


#3: Sweetened Yogurt

Asalnya yogurt ni nak supply kalsium dan vitamin D untuk kita, tapi  yogurt yang dimaniskan dengan high-fructose corn syrup (HFCS) boleh merosakkan diet kita.
SUgar lain seperti glukosa (glucose) akan menurunkan rasa nak makan, tapi fruktosa (fructose) ni buat kita rasa nak makan lagi dan lagi. Yang paling teruk, badan akan menukarkan fruktos kepada lemak, berbanding dengan glukos, dengan lebih pantas. Maka makin cepatlah kita gemuk.
Lebih memeranjatkan, beberapa makanan memerlukan HFCS sebagai pemanis, seperti jus buah, high-fiber cereal, kicap, roti, salad dressings, makanan dalam tin – tapi taklah semua. 
Lagi sekali, sila cek label nutrisi dan ingerdient paket makanan sebelum beli.

#4: Sup Dengan MSG
MSG, korang tau kan apa contohnya yang paling glamer? Jawablah sendiri.
Makan sup sebelum makan meal memang boleh mengenyangkan. Tapi, bukan sup yang ditambah MSG. Kalau nak selamat, buat sup sendiri.

Sup tanpa MSG lebih sedap tau!!

Satu kajian mendapati bahawa orang yang makan MSG lebih mudah gemuk. Ini kerana MSG akan menyebabkan sebahagian fungsi otak yang mengawal appetite kita, rosak dan mengganggu hormon yang boleh menyebabkan kegemukan. 
Sekali lagi, tengok ingredient paket makanan anda. 

Belajar  Diet Yang Betul Dan Turunkan Berat Badan
Ramai di antara kita ingat kurang makan merupakan diet yang baik. Ada jugak yang kurangkan nasi, kurangkan protein, kurangkan karbo, dan macam-macam lagi. Tapi tak ramai tahu, anda kene cukup makan semua ni untuk diet yang baik.
Sebelum ni saya dah ikut satu program melalui watsapp mengenai diet yang betul dan detoks. Hasilnya, dalam 2 minggu saya turun berat 5.5kg dengan makan wajib 6 kali sehari. Boleh baca cerita lebih lanjut kat entry ni. Masa saya join ni, kesemua peserta berjaya turun berat badan dengan jayanya. 
Jadi kali ni saya dijemput untuk sama-sama berkongsi dalam program Slim Raya 2016 dengan beberapa kawan lain. 
Details semua dalam poster di bawah.
Untuk sebarang keterangan lanjut atau segala pertanyaan mengenai program ni, bolehlah watsapp saya terus di 012-8879897. Siapa join ni, kami akan pastikan anda turun berat badan bersama-sama kami.

Leave a Reply