Kenali Simptom Thalassemia dan Cara Kurangkan Simptom Dengan Selamat

Thalassemia.. Tak ramai yang tahu penyakit ni. Mungkin kita pernah dengar, tetapi tidak mengetahui apakah sebenar penyakit dan penyakit ini.

KENALI THALASSEMIA

Thalassemia merupakan sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Ia merupakan penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen thalassemia daripada ibu bapa mereka.

Sel darah merah pesakit ini mudah musnah dan ini akan menghasilkan bahan zat besi yang tertumpu di beberapa organ penting seperti jantung, otak, hati dan buah pinggang, serta merosakkannya.

Pesakit thalassemia sering menghidap paras hemoglobin yang rendah (anaemia) dan memerlukan transfusi darah secara berterusan.
Di Malaysia, seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia.
Cuba tonton video ringkas mengenai thalassemia ni. Buat anda lebih faham.

JENIS-JENIS THALASSSEMIA

Terdapat 2 jenis thalassemia yang utama iaitu thalassemia minor dan thalassemia major

# Thalassemia Minor

Thalassemia minor terjadi sekiranya anak menerima gene yang rosak daripada hanya salah seorang ibu atau bapa. Ia dipanggil sebagai pembawa (carrier).
Kebiasaannya mereka ini tidak menunjukkan sebarang simptom atau masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, seorang pembawa gen thalassemia boleh menurunkan gen thalassemia kepada anak-anaknya.
# Thalassemia Major
Thalassemia major pula terjadi apabila anak menerima gen yang rosak daripada kedua ibu dan bapa. Ia juga dipanggil penghidap thalassemia.
Pesakit thalassemia major kebiasaannya menunjukkan tanda-tanda dari umur 3 hingga 18 bulan.


SIMPTOM DAN KESAN THALASSEMIA

Antara simptom/ tanda atau kesan thalassemia adalah:
#1. Bagi pembawa (carrier) thallasemia, kebiasaannya tiada simptom yang nampak. Jika ada pun, meraka hanya mengalami anemia (hb rendah) yang tidak kronik
#2. Bagi pesakit yang menghidap thallasemia, mereka kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan
#3. Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah
#4. Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.
Kerosakan pada sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke peparu menyebabkan pesakit thalasssemia mengalami kesukaran bernafas akibat kekurangan oksigen. 
#5. Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice)
#6. Kurang selera makan
#7. Kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa
Limpa berfungsi membersihkan sel darah yang rosak. Pembengkakan limpa dalam pesakit thalassemia terjadi apabila terdapat terlalu banyak sel darah merah yang rosak berkumpul di limpa.

#8. Perubahan pada pembentukan tulang muka

RESVERATROL KURANGKAN SIMPTOM DENGAN SELAMAT

Salah satu kesan yang paling merisaukan penghidap thallasemia adalah anemia, atau kekurangan darah merah yang menyebabkan kadar hemoglobin boleh menurun ke tahap bahaya.
Resveratrol, merupakan sebatian yang terdapat di dalam buah-buahan seperti buah anggur.

Mengikut satu kajian yang di’publish’ pada 2014, kajian ke atas resveratrol ke atas tikus yang telah di’induce’ dengan penyakit beta-thallasemia, telah mendapati bahawa resveratrol telah berjaya meningkatkan kadar hemoglobin serta meningkat kadar hayat sel darah merah (sel darah merah dalam pesakit thallasemia hanya bertahan tidak lama).
Mereka juga mengatakan bahawa resveratrol akan menjadi strategi terapeutil yang amat berguna dalam merawat pesakit beta thallasemia di masa depan.
(Franco SS, De Falco L, Ghaffari S, et al. Resveratrol accelerates erythroid maturation by activation of FoxO3 and ameliorates anemia in beta-thalassemic mice. Haematologica. 2014;99(2):267-275. doi:10.3324/haematol.2013.090076.)

BAGAIMANA NAK DAPATKAN RESVERATROL?

Dalam Vivix Shaklee, terkandung 10x ganda resveratrol berbanding dengan buah anggur semata dan produk resveratrol lain di dunia. 

Ketahui lebih lanjut mengenai Vivix di sini.

Vivix merupakan minuman campuran botani yang juga merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol. 

Ia mengandungi campuran 4 jenis tumbuhan yang kaya dengan polifenol dan resveratrol. 

Cara Dapatkan Vivix Shaklee

Untuk dapatkan Vivix, anda bolehlah hubungi saya di 012.887.9897 atau email ke sithyharjieah@gmail.com atau ke fb saya www.facebook.com/jieyah 

SITHY HARJIEAH012.887.9897

Leave a Reply