Trip ke Aiman Batang Ai Resort & Retreat, Sarawak.

Cuti sekolah yang lepas kitorang buat short trip ke Aiman Batang Ai Longhouse Resort. Resort ni terletak di empangan Batang Ai, Lubok Antu, dalam 280km dari Bandaraya Kuching. Lebih kurang 4 jam 30minit perjalanan (tak termasuk henti-henti).

Trip kali ni kitorang pergi dengan mak pak mentua, adik-adik ipar dan family kecik kitorang. Kami bertolak dari Kuching dalam pukul 8 pagi. Ni dah kira lambat dah sebab matahari dah naik. Biasalah bila dengan anak-anak. Macam-macam ragam ada. Kalau boleh, lepas Subuh dah kena tolak. 

PERJALANAN KUCHING – SERIAN – SRI AMAN – LUBOK ANTU

Nak ke Batang Ai ni kena ikut jalan Kuching-Serian-Sri Aman. 
Kuching ke Serian dalam 65km (1 jam 15minit). 
Pasar Serian ke Sri Aman dalam 127km( lebih kurang 2 jam)
Kitorang bertolak dari Kuching. Ni dah sampai di Serian. Dari Kuching ke sini dalam 65km. Dari Serian ke Sri Aman dalam 127km, lebih kurang 2 jam.

Dah nak masuk simpang Sri Aman

Boleh berhenti makan dulu di perhentian Temudok. Toilet sini bersih teramat😊. Banyak jual buah-buahan tempatan kat sini.

Lepas Temudok, belok kanan. Kalau straight ke Sri Aman. Ikut jalan ke Sarikei. Nanti jumpa sign board ni. Ke Lubok Antu, belok kanan. Dari Temudok tadi dalam 75km nak ke empangan.

Signboard sini agak jelas petunjuknya. Insyaallah tak sesat

Ikut jalan ke Batang Ai Dam tu

Nanti jumpa signboard ni. Ikut je. Ke Batang Ai Fishery Station tu pun sama

Ni dah nampak empangan tu

Sampai je di sini, parking je kereta mana-mana. Tapi saya galakkan parking kat bawah sikit. Tak de lah menapak sangat nak berjalan. Pastikan kereta berkunci, handbrake dah tarik kuat-kuat. Hihihi

JETTY BATANG AI RESORT

Sampai je di jetty ni, ada boat yang menanti. Ada yang pakai boat besar macam dalam gambar. Ada jugak yang pakai longboat tu. 
Bawah ni jadual boat ni bertolak dari jetty ke resort. Jadi, kalau nak ambik boat 12.45, kenalah bertolak dari Kuching lepas Subuh. Bolehlah check-in ngam-ngam masa check-in. 
Kami sampai sini dalam jam 2.00 petang hari tu. Nasihat saya, jangan lambat. Boat ni jalan tepat pada masa nya. 😉


Nak ke resort ni kene naik boat. Dalam 20minit. Boat ni free je. Ada jugak orang ambik long boat. Tapi tak sure harga berapa. 
Ni antara suasana di dalam boat. 
Kami pertama sampai. Tepat jam 2.30pm boat ni jalan. Masa tu penuh satu boat ni. Masa ni belum pakai life jacket lagi yer. Lepas gambar ni semua pakai life jacket. 

Antara pemandangan ke resort. Subhanallah, cantik sangat. Selalu tengok kat TV je yang cantik-cantik gini. Rupanya kat Sarawak pun ada. 

AIMAN BATANG AI RESORT 

Alhamdulillah, selamat sampai. 
Sampai je anak terus kata, ni hotel ter’best’ kitorang pergi. Really?? Oh, anak saya suka nature rupanya. Memang jejak kaki di sini je terus rasa WOW.

Tempahan Bilik

Untuk booking bilik di sini saya buat tempahan secara call terus. Alamak, tak ingat pulak mana letak no telefon. Tapi anda boleh buat jugak booking dari trivago.com, booking.com ke. 
Untuk bilik, ada 2 pilihan bilik:
Bedroom biasa (twin/queen bed) – Harga dalam 300++ (Goverment rate RM250). Ni termasuk sarapan untuk 2 orang.
Deluxe suite – bilik ni 2 tingkat. tingkat atas ada katil sahaja. Mcm lotenglah kut. Bawah tu ruang tamu. Harga dalam dekat nak rm600
* with breakfast for 2

Aktiviti Menarik Di Aiman Batang Ai Resort

Di sini serious ada banyak aktiviti. Ada yang free dan ada yang berbayar. 
Oleh sebab masa ni saya pregnant, maka aktiviti lasak semua tak boleh nak buat. Kita buat aktiviti yang free je. next time datang kita try aktiviti outdoor diorang. 

Antara aktiviti yang korang boleh try (ni semua free):
–  Swimming (of course ni paling heaven untuk anak-anak)
– Karaoke (kene book dekat kaunter. Book cepat takut penuh)
– Snooker
– Ping pong
– mainan macam sahibba, congkak, chess, domino
– movie pun ada, kene tanya kaunter jugak

Antara aktiviti berbayar pulak:
– menyumpit 
– memancing ( ni saja bagi anak main pancing, memang tak dapatlah ikan)
– jungle tracking
– waterfall picnic
– longhouse trip

Makan dan Minum

Masa datang ada welcome drink. Sejuklah tekak. 
Untuk makan pulak kitorang memang bekal siap. 
Tapi kalau sesiapa nak dinner di situ pun ada. Buffet, rm55 seorang dewasa. 
Untuk breakfast disediakan untuk 2 orang setiap bilik. Kalau extra, dewasa: rm45, kid 6 tahun ke atas, setengah harga.
Bila makan dengan suasana hijau ni memang seronok sangat. Cantik sangat

Antara Pemandangan Cantik Di Aiman Batang Ai Resort

Waktu check out adalah 12pm. Boat pulak ada 12.15pm. So cepat2 lah check out. Kalau tak kena tinggal boat. 

So, selamat datang ke sini lah nanti ya. Untuk lebih lanjut boleh lah bukak website diorang. http://aimanbatangai.com/

Nanti kami share cerita lagi bila kami melawat Sarawak lagi.

Boleh ke sini untuk baca kisah kami di fb:
Part 1: The Borneo House Museum http://bit.ly/2gAZ5ar
Part 2: Borneo Highland http://bit.ly/2gFy1oK 
Part 3: Semenggoh Wildlife Centre http://bit.ly/2gAMaFB

2 Comments

  1. will 10 July 2017
    • Umie 10 July 2017

Leave a Reply