Kulit Kering Dan Bersisik, Adakah Normal Atau Sejenis Penyakit?

Korang pernah nampak tak seorang yang mempunyai kulit yang kering dan bersisik? Pernahkan? Tapi pasti ramai yang tidak tahu nama penyakit ini sebenarnya. Penyakit ini dipanggil psoriasis, di mana kulit penghidap psoriasis menebal lebih cepat dari kulit yang normal
Sekali pandang, memang nampak macam penyakit kulit biasa. Namun, psoriasis sebenarnya sejenis penyakit kronik gangguan autoimmun. 

Ganggunan autoimmun ialah keadaan di mana sistem pertahanan badan menyerang sel badan tuannya yang sihat. Antara contoh lain penyakit autoimmun adalah penyakit Lupus SLE dan Rheumatoid Arthritis. 

APA ITU PSORIASIS

Psoriasis terjadi kerana gangguan sistem imun badan. Ini menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu 2 hingga 3 hari, berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa. Proses ini menyebabkan sel-sel ini bergerak ke atas kulit dengan cepat, yang menjadikan kulit muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik-sisik ‘keperak-perakan’ yang tebal dipermukaan kulit.
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi
adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian
badan lain termasuk kuku dan tulang.

TANDA-TANDA PSORIASIS

Tanda-tanda psoriasis adalah berbeza bagi setiap orang. Antara tanda-tanda psoriasis adalah: 
• Keguguran sisik pada kulit

• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan
bahagian lain badan

• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza


JENIS-JENIS PSORIASIS

Terdapat beberapa jenis psoriasis. Antaranya adalah:

#1 Plaque Psoriasis (Psoriasis Bertompok)

Ini merupakan jenis psoriasis paling biasa. Kulit akan menjadi merah, menebal dan terdapata kepingan berwarna putih, dipanggil sisik. Biasanya terdapat pada kulit kepala, siku, lutus dan bahagian bawah belakang. 

Bila kering, ia akan terkupas dan berdarah dan menyebabkan kepedihan dan kegatalan. Semakin digaru, kulit itu semakin menebal.  Ia boleh terjadi kepada pelbagai peringkat umur, tapi kebaiasaannya pada orang dewasa. 

#2 Scalp Psoriasis (Psoriasis Kulit Kepala)

Lebih kurang separuh mereka yang menghidapi psoriasis menghidap psoriasis jenis ini. 
Ia kelihatan seperti kelimumur, tetapi berlainan. Kepingan kelimumur berwarna kekuningan dan berminyak, manakala kepingan psoriasis kulit kepala pula seperti tepung, berwarna silver dan keputihan. 
Psoriasis jenis ini boleh menutupi keseluruhan kulit kepala , bahagian dahi dan juga bahagian belakang bahu dan di sekitar telinga.  

#3 Guttate Psoriasis (Psoriasis Kulit Kepala)

Jenis psorisis ini kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Bintik merah kecil akan muncul secara tiba-tiba, kebiasaannya di bahagian tengah badan, selain lengan, kaki, kulit kepala, telinga dan muka. 

Keadaan yang boleh menyebabkan psoriasis jenis ini terjadi termasuk sakit tekak, selsema, demam dan jangkitan pada bahagian pernafasan. 

1 daripada 10 orang penghidap psoriasis mengalami psoriasis jenis ini. 

#4 Inverse Psoriasis 

Tompokan ini biasanya kelihatan berkilat, merah terang dan sakit. Kawasan di sekitar tompokan kebiasaannya licin dan mempunyai kepingan berwarna silver. Kebiasaannya terdapat di lipatan kulit, seperti ketiak, bahagian kemaluan, di bawah payudara dan di belakan lutut. 
Menggaru dan peluh boleh menyebabkan keadaan ini bertambah teruk. Kebanyakan mereka yang menghidapa psoriasis jenis ini menghidap psoriasis jenis lain juga.  

#5 Pustular Psoriasis

Jenis ini merupakan jenis yang jarang dijumpai. Jenis ini mungkin adalah reaksi kepada jangkitan kuman, stress, ubat-ubatan atau sentuhan kepada bahan kimia tertentu. Ia menyebabkan kulit menjadi merah, tompok-tompok di kulit yang membengkak dan bernanah di panggil jerawat (pastules). 
Apabila kering, ia akan bertukar coklat kekuningan dan berkeping-kepingan. Ia kebiasaannya terdapat di tapak tangan dan tapak kaki. Luka mungkin terbuka, mengelupas dan pedih.

Psorisis jenis ini kadang-kala boleh mengancam nyawa. Sila ke hospital dengan segera sekiranya ia merebak dengan cepat ke seluruh badan anda. Tanda-tanda lain adalah gatal yang teruk, denyut nadi semakin cepat, demam, otot semakin lemah dan menggigil. 

PUNCA PSORIASIS

#1 Genetik

Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu
gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran. 1/4 hingga ke 1/3 daripada
orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai
sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam
sebilangan kes-kes.

#2 Stress

Tekanan fizikal dan emosi boleh menyebabkan terjadinya psoriasis dan memburukkan psoriasis yang sedia ada

#3 Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman pada kerongkong,
flu, dan demam turut menjadi punca yang boleh memburukkan lagi psoriasis

#4 Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan seperti hormon steroid dan antihipertensif mungkin boleh menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk

#3 Alkohol dan Rokok

Meminum alkohol dan merokok mungkin
menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.

Rawatan untuk Psoriasis

Baca entry seterusnya….
SITHY
012.887.9897
ID:919085
sithyharjieah@gmail.com

Leave a Reply