Rawat Sakit Kaki Tangan Dan Mulut Dengan Pantas Seawal 3 Hari

Sekarang ni, ramai kanak-kanak terkena jangkitan sakit kaki tangan dan mulut atau HFMD. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang berjangkit yang kebiasaannya menyerang kanak-kanak kerana imun badan mereka yang lemah.

Beberapa tahun lepas, 3 orang anak saya terkena jangkitan HFMD serentak selepas balik dari bermain di satu tempat permainan awam di shopping complex. Lepas sembuh HFMD, mereka kena campak secara berjemaah pulak.
Jadi, kali ni, saya nak share sedikit beberapa perkara mengenai HFMD serta rawatan yang saya ambil yang membantu anak-anak saya sihat kembali dalam masa hanya 3 hari.
Punca & Cara Berjangkit
HFMD disebabkan oleh sejenis virus yang bernama coxsackievirus a16 dan enterovirus 71. Kebanyakan doktor hanyak panggil virus ni virus coxsackie. 
HFMD ni boleh berjangkit melalui sentuhan dengan seseorang yang telah dijangkiti virus ini, atau daripada sesuatu yang telah disentuh oleh pembawa virus seperti mainan, meja dan juga tombol pintu. 
Simptom dan Tanda-tanda

Antara tanda yang jelas apabila dijangkiti HFMD adalah:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Lepuhan (ulcer) putih di dalam mulut dan di lidah
  • Ruam di tapak tangan dan tapak kaki
  • Ruam di kawasan lutut, siku dan punggung (bahagian pampers)

Cara HFMD Didiagnos
Doktor akan melihat simptom pada anak-anak kita dengan melihat kepada lepuhan di mulut dan ruam di badan. Tanda ini kebiasaannya mencukupi bagi doktor untuk mengesahkah HFMD tanpa sebarang ujian lain. Namun, calitan pada tekak dan najis atau darah juga kemungkinan di ambil untuk kepastian.
Rawatan
Kebiasaannya HFMD akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari. 
Tidak terdapat sebarang ubat atau vaksin untuk HFMD. Namun, ibu-ibu boleh redakan simptom dengan beberapa tips yang saya sharekan di sini. 

Rawat HFMD Dengan Pantas
Ketika anak-anak saya dijangkiti HFMD secara berjemaah, ini yang saya amalkan:

#1. Mandikan mereka sekerapnya
Saya akan mandikan mereka sekerapnya bagi membersihkan kuman di badan mereka dengan Basic-H Shaklee. 


Basic H ni merupakan sejenis disinfektan yang semulajadi dan selamat. Ia merupakan pembersih serbaguna tanpa toksik dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Toksik dalam pencuci serbaguna lain boleh meresap ke dalam badan memalui kulit atau sistem pernafasan. 

Mandi dengan Basic-H membuat mereka lebih bersih dan segar.

Tips: Jika anak anda terkena jangkitan HFMD lebih dari seorang, mandikan mereke seorang demi seorang untuk mengelak jangkitan semakin teruk



#2. Sapu ruam dan lepuhan dengan krim
Saya gunakan krim Herbal Blend Shaklee. Krim ni sejuk, tidak berminyak dan memberi kesan yang cepat kering kepada ruam dan lepuh di badan anak saya.

Herbal Blend diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang menenangkan dan bebas paraben.

#3. Kebaskan mulut dengan semburan mulut
Saya gunakan spray difflam forte bagi mengebaskan mulut anak sebelum mereka menyusu atau makan. Ini bagi memberi keselesaan kepada mereka kerana mereka tenaga untuk melawan penyakit. 

Kadang-kadang saya bagi je ais😊

#4. Kuatkan imun anak 
Bagi membantu anak melawan jangkitan virus, saya berikan mereka Nutriferon Shaklee untuk meningkatkan imun badan mereka. 

Nutriferon Shaklee ni merupakan campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi. Ia berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan serta melindungi anak daripada jangkitan demam, selsema dan lain-lain. 

#5. Pastikan Anak Dapat Nutrisi Lengkap
Bagi memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang lengkap, walapupun kurang makan akibat mulut yang tidak selesa, saya bekalkan mereka dengan mealshake Shaklee, yang dicampurkan sekali di dalam susu mereka.

Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dengan asid amino serta nutrisinya mudah diserap. Ia mengandungi 24 jenis vitaminm mineral dan zat perlu. Ia membantu memberi tenaga dan rasa kenyang kepada anak-anak. 

Nutrisi yang cukup membantu anak-anak untuk pulih dengan cepat.

#6. Minum Banyak Air
Masa anak sakit, saya tidak hadkan air hanya kepada air kosong. Saya akan bagi sahaja apa mereka nak. Yelah, daripada tidak minum. 

Saya akan gunakan straw yang diletak ke bahagian pipi bagi mengurangkan ketidakselesaan.

Kalau sekotak milo kecil tu, mereka boleh habiskan dengan cepat.


#7. Basuh Baju Secara Berasingan
Baju anak-anak yang terkena jangkitan, termasuk alas tilam, alas bantal dan selimut saya akan cucikan secara berasingan. Saya akan rendamkan baju mereka dengan Basic-H semalaman sebelum mencuci baju-baju tersebut.


#8. Kuarantin di Rumah
Bagi mengelak ia berjangkit dengan orang lain, mereka tidak dibenarkan keluar rumah atau ke mana-mana sebelum sembuh sepenuhnya. Orang luar juga tidak digalakkan untuk datang menjenguk kami sekeluarga πŸ˜‰

Alhamdulillah, dalam masa 3 hari, ketiga-tiga anak saya sihat sepenuhnya dengan lepuhan dan ruam kering sepenuhnya dan boleh makan dan minum dengan biasa.

Kesan ini agak cepat berbanding tempoh yang disarankan oleh doktor, iaitu 7 ke 10 hari.


Bagaimana Dapatkan Supplement HFMD

Untuk mendapatkan supplement yang boleh mambantu anak anda untuk sembuh HFMD dengan cepat, anda boleh dapatkan ia secara online, di sini. Pembayaran menggunakan kad kredit dan debit kad dibenarkan di sini. Pengeposan supplement akan dilakukan oleh pihak Shaklee. 

Atau, anda juga boleh menghubungi saya sendiri di 012.88.9897 untuk saya bantu dengan pembelian set HFMD ini. 

Jadual pemakanan Set HFMD dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dari kami, umieohumie.com sahaja. Harap maklum.
SITHY
012.887.9897
ID:919085
sithyharjieah@gmail.com

Leave a Reply