Bagaimana Darah Beku Boleh Terjadi Dan Menyebabkan Serangan Jantung

Jantung merupakan organ terpenting di dalam tubuh badan kita.

Walaupun ia hanya sebesar penumbuk tangan kita, tapi tanpa jantung, maka berhentilah sistem badan kita dan kita akan mati.

Jantung berfungsi mengepam oksigen dan darah supaya sampai ke seluruh tubuh badan kita agar seluruh anggota kita akan berfungsi dengan baik.

Kalau darah tak sampai ke mana-mana anggota badan, anggota tersebut akan kaku, rosak dan besar kemungkinan terpaksa di buang.

Jadi penting jaga jantung dengan baik.

Tahukah anda jantung kita boleh tersumbat? Teruskan bacaan.

3 Saluran Darah Jantung

Terdapat 3 saluran darah yang penting yang menjadi penghubung jantung dan organ-organ lain:

#1 : Arteri

Arteri adalah saluran darah yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Aorta merupakan arteri terbesar dan terdekat dengan jantung

#2 : Vein

Vein pula adalah saluran darah yang membawa darah yang kurang oksigen serta sisa-sisa kembali ke jantung yang akan dikeluarkan dari badan. Semakin dekat vena dengan jantung, ia semakin besar.

#3 : Kapilari

Kapilari mencantumkan arteri dan vein. Bersifat kecil dan halus, dan ini akan memudahkan oksigen, nutrien, karbon dioksida dan sisa-sisa lain untuk melaluinya dari jantung dan ke jantung.

Saluran Darah Tersumbat Umpama Longkang Yang Tersumbat

Salah satu punca berlakunya serangan jantung adalah kerana saluran darah pada jantung menyempit.

Bagaimana saluran darah ini boleh menyempit?

Pernah tengok longkang yang bersih dan longkang yang tersumbat dengan sampah?

Begitulah umpamanya arteri kita.

Ada arteri yang bersih tak tersumbat dan ada arteri yang tersumbat.

cara merawat sakit jantung

Air tak boleh mengalir dengan baik jika tersumbat. Begitu juga saluran darah ke jantung, darah tak boleh nak mengalir dengan baik jika saluran darah tersumbat

Plak menyumbatkan saluran darah

Bezanya yang menyumbatkan arteri ini bukan sampah, tetapi kita panggil ‘plak’.

Plak ini terdiri daripada kolestrol, sel darah putih, kalsium dan benda-benda lain yang ada di dalam darah.

Plak ini pula, semakin lama semkin menebal. Lama-lama ia menjadikan arteri kita menyempit.

Bila dah sempit, darah nak lalu pun perlukan ‘tekanan’ yang lebih kuat.

Macam kita perlukan air yang kuat untuk lalu di kawasan parit yang tersumbat tu.

cara hilangkan darah beku di jantung

Tekanan yang tinggi

Di sini lah kita kene perlu tahu apa hubungan antara kolestrol, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Bagaimana Plak Menjurus Kepada Darah Beku

Plak ini ada satu lapisan luar, dinamakan selaput (fibrous cap). Selaput ni amat rapuh.

Apabila terjadinya satu tekanan yang kuat pada plak ni, atau terdapat inflamasi (radang), selaput ini boleh pecah.

Bila selaput pecah, saluran darah kita akan automatik pecah bersama.

Apabila saluran darah dalam badan kita pecah, badan kita secara automatik akan cepat-cepat berusaha untuk hentikan pendarahan tersebut.

Cara badan kita hentikan pendarahan adalah dengan membekukan darah yang mengalir.

P.s : Kalau kita jatuh atas jalan tar dan terluka, darah yang keluar dari lutut kita akan cepat membeku, betul kan? Begitu lah cara semulajadi badan menghentikan pendarahan supaya badan kita tak hilang banyak darah.

Jadi bila saluran darah di bahagian jantung turut pecah, ia juga akan dibekukan secara automatik.

Di sini lah darah beku tersebut mengkibatkan saluran darah semakin sempit dan darah tidak dapat disalurkan ke jantung.

Maka terjadilah serangan jantung (heart attack).

–> Baca juga 5 tanda awal sakit jantung

Kadang-kadang darah beku tersebut tidak menyumbatkan sepenuhnya arteri tadi, tetapi laluan yang sempit menyebabkan tidak cukup darah akan sampai ke jantung.

Ini menyebabkan kita akan mengalami angina atau sakit dada. Angina ni kadang-kadang boleh hilang dengan rehat, dan ada yang tidak.

Tanda ini perlu dirujuk ke hospital dengan segera kerana darah beku boleh jadi dengan cepat, dan serangan jantung boleh terjadi pada bila-bila masa.

–> Ketahui jenis rawatan konvensional dan alternatif untuk darah beku di jantung di sini. 

 

Leave a Reply