5 Cara Simpan Kenangan Dengan Anak Sebelum Ianya Hilang Dari Ingatan

Zaman-zaman kita dulu, nak abadikan kenangan hanya ada satu dua cara. Yang paling senang dan glamer hanyalah ambik gambar dan print kat kedai. Tapi nak print pun tak dapat nak print banyak-banyak. Yelah, nak beli kodak satu hal. Nak print lagi. Dah tu, ada certain gambar cantik, ada yang hangus, ada yang blur lagi. Jadi, bila nak dijadikan kenangan, tak semua tersimpan.

Tapi zaman sekarang, print gambar bukan lagi jadi kebiasaan dan keperluan kita ambik gambar anak-anak. Setiap masa nak ambil gambar anak. Nak jadikan kenangan. Nanti boleh anak-anak tengok. Masalahnya, bila phone tetiba jem, gambar corrupt, pc rosak, gambar kenangan semua hilang.

Jadi, untuk pastikan kesemua kenangan tetap jadi kenangan, saya kongsikan 5 cara di bawah untuk simpan kenangan dengan anak, sebelum gambar-gambar tersebut hilang.

1. Photo book
Ini cara paling biasa kita buat. Kita print je gambar anak-anak, aktiviti mereka, hasil karya mereka, termasuklah perangai yang ‘mengusik’ jiwa kita 🙂

Lepas tu, potong cantik-cantik dan masuk je dalam photo book anak masing-masing. Buatlah setiap sorang satu photo book. Atau family photo book

Macamni boleh print dan masuk aje dalam photo book

2. Diary
Diary ni lebih kepada perkara hari-hari yang anak kita buat. Kita cerita balik, nanti diorang baca bila dah besar. Pasti ada yang mengamit kenangan

3. Surat Harijadi
Selain hadiah dan gambar harijadi, kita boleh jugak tulis surat buat anak-anak kita. Tulislah cerita diorang nak menuju ke umur tu, harapan kita, doa kita dan lain-lain. Simpan surat ni dan bagi lah masa umur mereka 12 tahun ke. Mesti best kan????

4. Email
Create email untuk setiap anak kita. Lepas tu, anda boleh email gambar, cerita, kisah, pesanan, teguran, resipi makanan kesukaan diorang dan macam-macam lagi. Setakat ini, cara ni paling best saya buat. Saya akan email kepada anak saya sekaligus atau personal. Yelah kan, ada benda kita nak keep privacy antara diorang adik beradik. Contohnya, bila diorang kencing malam 🙂

contoh email anak-anak

** tips: masa nak create blog ni, kene tipu sikit tarikh lahir anak-anak. Kalau tak, memang tak lepas lah nak create.

5. Blog
Ini, apa yang anda tengah baca ni. Blog ni bertujuan sebagai bacaan anak-anak saya nanti.

Ada banyak lagi cara kita boleh abadikan kenangan bersama anak-anak dan keluarga kita. Cumanyer, kenalah kreatif sikit.

Gambar-gambar ni kalau kita tak simpan dengan betul, ianya akan hilang dalam phone. Bayangkab tetiba hp rosak, hilang ke, mau tak nangis??

Lagipun, kalau satu hari nanti kita dah takde kat dunia ni, selain harta, kenangan inilah yang menjadi ingatan mereka dengan kita kan?

3 Comments

  1. Uncle Zuan 11 October 2015
    • Umie 15 October 2015
  2. Fatin 9 February 2016

Leave a Reply