5 Jenis Detoks Yang Wajib Dilakukan Selain Detoks Tubuh Badan

Orang ingat detoks ni hanya pada tubuh badan, tapi ramai tak tahu, selain tubuh badan, banyak lagi detoks lain yang perlu kita buat. Antaranya adalah detoks di dalam rumah.

Semuanya Bermula Dengan Diri Anda

Di sini saya senaraikan 5 jenis detoks yang perlu kita lakukan bagi memastikan kita betul-betul dapat meminimakan toksin dan parasit dalam kehidupan kita. 
Semuanya bermula dari diri kita sendiriserta dari rumah. 


5 Jenis Detoks

1. Detoks Tubuh Badan
Langkah pertama untuk Detoks adalah dengan amalkan makanan yang sihat dan seimbang, di samping mengamalkan vitamin untuk memastikan nutrisi cukup dalam badan. 

Bila kita macam dah boleh sesuaikan diri dengan pemakanan gaya sihat, kita digalakkan untuk Detoks kehidupan kita pula. 

2. Detoks Dapur

Tidak lagi menggunakan bahan-bahan perasa tambahan
Mari bertukar kepada perasa asli seperti bawang dan ikan bilis, buat stok ayam sendiri dan buat sos sendiri. 
Tidak lagi mengamalkan makanan segera yang diproses menggunakan bahan-bahan penyedap. 
Mengurangkan pengambilan gula dan menukar gula putih kepada alternatif yang lebih sihat.

3. Detoks Rumah

Tidak lagi menggunakan bahan-bahan kegunaan rumah yang mengandungi bahan kimia yang memberi kesan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar.
Bertukarlah kepada jenama yang organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

4. Detoks Wangian

Bersih itu tiada bau. Tidak perlu bau-bau yang kuat walaupun wangi kerana kebanyakannya di formulasikan dari bahan kimia yang memberi kesan kepada manusia. 


5. Detoks Jiwa

Mengamalkan istighfar membersihkan jiwa, bertaubat, bersedekah, bersyukur dan segala amalan yang dicintai Allah.
Banyak perkara dalam hidup kita yang perlu di detoks untuk buang racun dunia, agar hidup kita bukan saja bahagia di dunia, malah lebih2 lagi di akhirat.

Leave a Reply