5 Senaman Mudah Tingkatkan Hemoglobin

Selain menjaga makan dan mengambil vitamin untuk meningkatkan HB ibu mengandung, ramai yang tidak tahu bahawa senaman juga membantu.

Senaman ketahanan (aerobik) membantu menggalakkan pernghasilan sel darah yang dikenali sebagai hematopoiesis.

Semakin tinggi sel darah, maka semakin tinggi lah paras hemoglobin.

 

5 Senaman Membantu Meningkatkan HB

#1. Berjalan

Senaman yang paling mudah dan senang adalah dengan berjalan. Berjalan secara cepat lebih baik, tetapi jalan seperti biasa pun takde masalah.

Pergerakan ini akan menggalakkan penghasilan sel darah, dan seterusnya HB.

Naik tangga jiga turut membantu.

Tapi jangan lupa senaman ringan kena lakukan dulu yer! Takut nanti cedera pulak.

 

#2. Jogging

Pilihan lain adalah jogging. Dengan berjogging, ia akan membuatkan kita berpeluh sambil melindungi jantung kita.

Jika tak nak jogging di luar, bolehlah guna treadmill di rumah atau gim.

Jangan lupa guna kasut sukan yang bersesuaian.

 

#3. Menari

Senaman lain untuk meningkat HB adalah dengan menari.

Menari ni merupakan sesuatu yang seronok di lakukan. Apa jua tarian, dari salsa ke zumba pun boleh. Selagi terdapat pergerakan, maka ia membantu meningkatkan HB.

 

#4. Berbasikal

Berbasikal merupakan antara senaman yang membantu meningkatkan HB.

Berbasikal merupakan aktiviti aeorobik yang low-impact, jadi ia membebankan badan. Intensitinya juga boleh dilaras mengikut kehendak kita.

 

#5. Berenang

Selain senaman di atas tanah di atas, anda juga boleh melakukan senaman meningkatkan HB dibdalam air dengan berenang.

Berenang juga merupakan senaman low-impact yang juga membantu meningkatkan denyutan jantung dan membina ketahanan badan.

Semakin anda bergerak, semakin banyak darah dihasilkan oleh badan.

 

Sesuaikah Senaman Ini Untuk Ibu Mengandung?

Semua senaman di atas sesuai untuk ibu mengandung.

Namun, ianya hendaklah dilakukan hanya pada kadar sederhana mengikut keupayaan si ibu.

 

 

Leave a Reply