6 Punca Hemoglobin (HB) Rendah Ketika Mengandung (Anaemia)

Sebaik sahaja disahkan mengandung, ibu-ibu akan diminta untuk mendaftar dan membuat pemeriksaan di klinik ibu dan anak. Ini penting agar status kesihatan ibu dapat diketahui dengan kadar segera.
Salah satu pemeriksaan yang dibuat adalah dengan membuat ujian darah untuk mengetahui paras hemoglobin (hb) ibu. Hb ibu yang kurang daripada 11mg/dl dianggap mengalami kekurangan darah atau anaemia.

APA ITU HEMOGLOBIN?

Hemoglobin merupakan agen pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Oleh sebab itu, jika anda mengalami anaemia, tisu di seluruh badan menjadi kekurangan oksigen (hipoksia) atau kekurangan tenaga. Ini yang akan menjadikan anda merasa letih dan lesu.

PUNCA HB RENDAH 

Antara faktor yang menyumbang kepada HB rendah adalah:

#1. Kekurangan Zat Besi

Zat besi merupakan vitamin yang penting dalam penghasilan hemoglobin. Zat besi yang mencukupi membantu hemoglobin membawa oksigen mencukupi kepada ibu dan juga bayi yang dikandung.
Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging, ayam, ikan bilis, bayam, kangkung, bijirin, telur serta produk tenusu
Untuk mengatasi anemia ini, ibu perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi.

#2. Kekurangan Asid Folik (Vitamin B9)

Asid folik, bersama vitamin b12 merupakan vitamin yang penting dalam menghasilkan sel darah merah yang sihat. Sumber makanan asid folik adalah sayuran hijau.
Oleh kerana rakyat Malaysia kurang gemar makan sayur, maka banyaklah kes anemia terjadi. Itu yang pihak klinik akan bekalkan pil asid folik dengan ibu mengandung. Yang warna kuning tu.
Asid folik ini juga penting bagi mengelak bayi yang lahir mengalami kecacatan pada tulang belakang.

#3. Kekurangan Vitamin B12

Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah.
Sumber makanan yang kaya dengan vitamin B12 adalah dari daging, bahan tenusu dan telur.
Kekurangan vitamin B12 biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang vegetarian. Sekiranya anda seorang vegetarian, lebih baik anda berbincang dengan doktor bagaimana untuk menambah kadar vitamin B12.
Kekurang B12 juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dan menyebabkan kelahiran pra-matang.

#4. Kekurangan Vitamin C

Untuk membantu penyerapan zat besi, vitamin c adalah amat penting. Kekurangan vitamin c  akan menyebabkan zat besi yang diambil tidak dapat diserap dengan sebaiknya dan menyebabkan bacaan hemoglobin akan rendah.
Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan. Maka, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C penting. Walaubagaimanapun, oleh sebab vitamin C ini mudah musnah ketika dimasak, adalah lebih baik mengambilnya dalam bentuk yang tidak dimasak, seperti buah-buahan.
Nak lagi mudah, ambil je supplement.

#5. Pengambilan Makanan Menghalang Penyerapan Zat Besi

Pengambilan makanan atau minuman yang boleh membantut penyerapan zat besi juga boleh menyebabkan berlakunya anemia.
Contohnya pengambilan kopi, teh, minuman bikarbonat dan bercoklat.
 Sekiranya anda ingin mengambil juga minuman di atas elakkan sejam dua daripada waktu makan anda.

KESAN ANAEMIA JIKA TIDAK DIRAWAT

Antara kesan buruk anemia adalah:
  • Bayi lahir pra-matang atau tidak cukup berat
  • Pemindahan darah (jika terjadi tumpah darah ketika bersalin)
  • Meroyan
  • Bayi yang juga menghidap anemia
  • Anak yang terbantut tumbesarannya

     

Jadi para ibu, pastikan selalu membuat pemeriksaan ketika mengandung dan pastikan bacaan hemoglobin anda sentiasa diparas selamat.

Leave a Reply