Ramai yang tahu bahawa fibroid antara penyakit yang amat ditakuti oleh golongan wanita. Ini kerana selain mengganggu kesuburan seorang wanita, ia juga menjadi salah satu sebab ovari seorang wanita terpaksa dibuang, jika fibroid terlalu besar dan mengganggu rahim.
Golongan Wanita Berisiko Tinggi Mendapat Fibroid
#1 Ahli keluarga terdekat yang menghidap fibroid
Fibroid dipercayai merupakan penyakit yang boleh diwarisi di dalam keluarga. Maka, bagi wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat, seperti ibu dan kakak yang pernah menghidap fibroid, kebarangkalian untuk mereka mendapat fibroid juga adalah tinggi.
#2 Wanita yang mempunyai berat berlebihan
Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan meningkatkan kadar hormon estrogen di dalam badan, di mana jumlah estrogen yang tinggi di dalam badan dipercayai memjadi penyebab berlakunya fibroid.
Ketahui punca berlakunya fibroid lebih lanjut di sini
#3 Masalah Hormon
Wanita yang mempunyai masalah hormon mempunyai risiko yang amat tinggi mendapat fibroid. Antara tanda-tanda seseorang mempunyai masalah hormon adalah, kitaran haid yang tidak teratur, gangguan emosi yang teruk serta masalah jerawat yang teruk di muka.
#4 Datang Haid Di Peringkat Awal Usia
Seorang wanita yang datang haid di peringkat usia juga merupakan salah satu faktor risiko yang menyumbang kepada fibroid. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa, wanita yang datang haid di awal usia mempunyai risiko untuk mengdapat fibroid.
#5 Wanita Berumur 30 – 50 Tahun
#6 Diet Tidak Seimbang
Wanita yang mempunyai diet yang tidak seimbang juga menjadi punca mereka terdedah kepada. Wanita yang gemar mengambil makan manis, makanan berlemak tinggi, minuman beralkohol dan berkafein serta kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan juga berisiko untuk mendapat fibroid.
#7 Merokok dan Gemar Minuman Beralkohol
Wanita yang merokok dan kerap mengambil minuman beralkohol juga berisiko tinggi mendapat fibroid.
Minuman berkafein dan alkohol juga dikaitkan dengan merendahkan kadar penyerapan zat besi yang menjadi masalah apabila berlakunya pendarahan yang kuat.
Jemput baca artikel berkaitan fibroid dan cyst di sini:
Kenali Fibroid dan Cyst
Makanan Penyebab Fibroid dan Cyst
Benarkah Plastik Penyebab Fibroid?
Rawatan Fibroid Dan Cyst Tanpa Pembedahan