7 Komplikasi Berbahaya Semasa Hamil Yang Perlu Diambil Perhatian

Bila saja mengandung, badan mula mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Pelbagai komplikasi sepanjang mengandung pastinya merungsingkan kita sebagai ibu mengandung, kan? Paling kita bimbang, komplikasi kepada bayi.

Kesihatan ibu semasa mengandung, malah sebelum mengandung amat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan fetus. Bila ibu tidak sihat, komplikasi akan memberi kesan kepada bayi, semasa dan juga selepas dilahirkan.

Apa juga komplikasi semasa ibu hamil?

8 KOMPLIKASI SEMASA HAMIL

#1. Anemia

Penyakit ini merupakan penyakit yang sering dialami oleh bu mengandung. Penyakit ini serius sebab ia melibatkan kekurangan sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh badan, terutamanya bayi yang di kandung.

Antara punca anemia adalah kekurangan zat besi dan kekurangan vitamin asid folik.

Setiap kali ke klinik ibu anak, pasti nurse akan periksa ibu punya tahap hemoglobin kan? Betapa pentingnya bagi memastikan Hb ibu berada pada tahap selamat.

Kekurangan Hb mendatangkan mudarat kepada ibu ketika proses kelahiran. Tumpah darah boleh terjadi sekiranya Hb ibu rendah. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan pra-matang.

Bagi mengelak anemia, pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran hijau, daging merah, kekacang dan juga ikan dengan mencukupi.

Vitamin yang diberikan klinik juga perlu diambil bagi mengelak bacaan Hb ibu rendah.

#2. Chicken Pox

Walaupun chicken pox ini jarang berlaku di kalangan ibu mengandung, namun ianya amat merbahaya dan boleh mengancam nyawa bayi dan ibu.

Ibu yang mempunyai imun badan yang rendah serta terdedah kepada penyakit ini amat tinggi risiko untuk dijangkiti chickenpox.

Ibu yang mengalami berjumpalah dengan doktor segera. Ini kerana chicken pox boleh menyebabkan berlakunya masalah paru-paru berair. Jika bayi yang dikandung berumur antara 8 hingga 20 minggu, bayi tersebut berisiko untuk mendapat jangkitan jugak.

Jadi para ibu yang mengandung, cuba jauhi dan elakkan bersentuh atau terdedah dengan mana-mana pesakit chicken pox ketika mengandung untuk mengelak malasah yang lebih besar timbul.

#3. Asma

Bagi ibu yang menghidap penyakit asma, hendaklah mengambil langkah untuk tidak terdedah kepada punca yang boleh menyebabkan asma ibu berlaku. Jika perlu, teruskan mengambil ubat-ubatan yang dibenarkan oleh doktor walaupun sudah mengandung.

Gambar daripada WhatToExpect

Asma yang tidak terkawal akan mempengaruhi kandungan oksigen dalam ibu. Penurunan kadar oksigen dalam darah ibu boleh menyebabkan kekurangan oksigen juga di dalam darah bayi. Ini akan menjejaskan

  • pertumbuhan bayi
  • bayi dilahirkan mungkin cacat
  • bayi dilahirkan pra-matang
  • bayi tidak cukup berat

#4. Jangkitan Kulat

Salah satu masalah biasa yang dialami ibu mengandun adalah keputihan. Keputihan ini disebabkan oleh jangkitan kulat atau yis bernama candidiasis. Masalah ini juga dipercayai disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen.

Ibu yang menghidapi kencing manis, mempunyai tahap imun yang rendah, yang tidak mengamalkan kebersihan di alat sulit antara yang paling berisiko untuk mendapat jangkitan kulat ini.

Pastikan ibu mengeringkan alat sulit selepas membuang air kecil, mengelap dari hadapan ke belakang serta memakai seluar dalam daripada kain kapas untuk memastikan kebersihan alat sulit. Minuman atau yogut kultur yang mengandungi lactobacillus juga bagus diamalkan.

#5. Demam Panas

Demam panas mungkin kedengaran biasa, namun tidak bagi wanita hamil. Bila saja kita hamil, antibodi badan mula berkurangan.

Demam yang melebihi 38 C dikategorikan sebagai panas

Jika anda demam selama 3 hingga 5 hari atau lebihboleh memberikan impak yang buruk kepada ibu mengandung serta bayi di dalam kandungan. Ibu perlu mendapatkan rawatan segera apabila demam panas terjadi.

Demam yang berlanjutan boleh disebabkan oleh demam virus atau selsema yang melibatkan simptom suhu badan yang tinggi. Ini meningkatkan risiko ibu untuk mendapat jangkitan pada paru-paru dan otak.

Selain itu, demam juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang, berlakunya keguguran serta bayi mati dalam kandungan. Autisme juga dikaitkan dengan demam panas.

Bagi ibu mengandung, elakkan terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan demam seperti terkena hujan atau perubahan cuacayang drastik atau berada di tempat yang sesak.

#6. Diabetes / Kencing Manis

Diabetes semasa mengandung boleh terjadi kepada mana-mana ibu mengandung. Ibu yang memang menghidap diabetes sangat berisiko kandungannya. Namun, wanita lain juga boleh menghidapi diabetes walapun bukan penghidap diabetes sebelumnya.

Antara faktor yang berkait rapat dengan punca diabetes adalah:

  • sejarah keluarga diabetes
  • berusia 35 tahun ke atas
  • berat berlebihan ketika mengandung
  • sejarah diabetes pada kehamilan sebelum
  • sejarah melahirkan bayi berat 4kg ke atas
  • Tidak aktif secara fizikal
  • mengambil banyak makanan berkanji ataupun makanan tinggi lemak tepu

Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilancenderung mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran. Antara masalah yang mungkin terjadi jika diabetes tidak dikawal adalah:

  • kecacatan atau masalah jantung, buah pinggang dan otak
  • kedudukan bayi tidak stabil di dalam rahim
  • bayi terpaksa dilahirkan pramatang
  • berat bayi melebihi 4kg

Untuk mengelak pelbagai komplikasi akibat diabetes ketika hamil, antara yang bolh dilakukan oleh ibu hamil adalah:

  • mengubah cara makan dengan yang lebih sihat
  • melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • Memastikan paras gula sentiasa terkawal
  • kurangkan makanan berkanji atau bergula tinggi
  • mengambl ubatan dan insulin atas arahan doktor

#7. Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi

Wanita haml akan dikategorikan mengalami masalah hipertensi apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmHG. Hipertensi semasa hamil terdiri daripada 3 kategori iaitu:

  • Hipertensi sedia ada
  • Hipertensi akibat mengandung
  • Pre-eklamsia

Antara wanita yang berisiko adalah mereka yang hamil pada usia 40 tahun ke atas, BMI yang tinggi sebelum mengandung, faktor genetik, kandungan pertama atau kembar dan juga jarak kandungan yang jauh.

Gambar dari MomJunction

Hipertensi bukan sahaja memudaratkan ibu, malahan juga boleh membahayakan kandungan. Bayi di dalam kandungan boleh mengalami kelemasan di dalam perut, uri terpisah dari dinding rahim, pembesaran bayi terbantut serta kematian bayi.

Beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bagi mengelak hipertensi adalah:

  • Kawal tekanan darah dengan aktif bersenam
  • Turun berat badan jika obesiti
  • Hindari gaya hidup yang tidak sihat termasuk merokok dan mengambil alkohol
  • Jalani pemeriksaan dan amalkan rawatan yang disyorkan oleh doktor

 

Leave a Reply