7 Rahsia Kekal Langsing Seumur Hidup

Nak turunkan berat badan satu hal. Nak kekal langsing tu lagi susah sebenarnya. Yang paling senang, naik berat badan, kan? 

Ada satu kumpulan manusia ni yang join National Weight Control Registry, kerja diorang hanya maintainkan berat badan. Dulu diorang telah berjaya turunkan berat badan, lepas tu baru boleh masuk registry ni. Diorang kongsikan rahsia kekal ramping ni.
#1 Ambil Sarapan Setiap Hari
Yer!!! Jangan skip sarapan. Lagi bagus ambil yang berserat tinggi. Kajian menunjukkan ia membantu menurunkan kolestrol dan menghalang dari bertambah berat badan, tekanan darah tinggi dan diabetes.
#2 Timbang Selalu
Ni yang paling berkesan. Kalau tak caya, cubalah timbang sekali sehari. Naik 500gm pun pasti kita menjerit..

#3 Kekal Aktif
9/10 ahli registry tersebut melakukan senaman ringan purata sejam sehari. Kebanyakan mereka hanya berjalan, manakala selebihnya angkat berat atau berbasikal. 
#4 Turn Off the TV
Ini saya sendiri buat, dan ia amat berkesan. Gantikn dengam aktiviti lain. Jangan pulak duduk hadap Facebook ke, youtube ke.. Sama jugak lah jadinya. Lagi -lagi siap dengan jajan tu. Takde maknanya nak kekal ramping nyer!!!
#5 Konsisten
Konsisten maksudnya, kalau kat rumah jaga makan, masa bercuti pun kene jaga makan. Kalau kat rumah berkira dengan kalori, kat luar pun kene kiralah kalori. Enjoy makan makanan di rumah, jarangkan makan di luar, lagi-lagi fastfood.

#6 Belajar Untuk Mengawal
Orang yang menggunakan makanan untuk mengawal stress atau emosi negatif biasanya akan kembali bertambah berat badan. Jadi, jika anda orang sebegini, cuba cari teman untuk mengadu bila stress atau belajar untuk kawal emosi dan stress anda.
#7 Bertahan
Anda kene kuat untuk menurunkan berat badan dan kekalkannya terutama pada peringkat permulaan. Kebanyakan ahli registry yang berjaya mengatakan ia akan lebih mudah selepas itu.
Selain rahsia di atas, pengambilan vitamin dan supplement yang berpatutan, serta boleh membantu membakar lemak, menyah toksin atau meningkatkan metabolisma juga boleh anda amalkan. Sebagai contoh, pengambilan :
Vitamin B,  membantu meningkatkan metabolisma badan serta membantu menukarkan lemak kepada tenaga ketika diperlukan
Alfalfa, membantu menyah toksin dari badan
Herblax, membantu menyah toksin di usus (cuci usus)
Omega Guard, membantu membakar lemak-lemak lama yang termendap di dalam badan
Lecithin, membakar lemak yang baru terbentuk
Pengambilan supplement penting agar anda bukan hanya langsing, tetapi sihat. Bukanlah kurus dan sakit. Jadi macam zombie nanti. Nak???
Kalau taknak, pastikan jaga pemakanan, bersenam dan ambil supplement anda.

Leave a Reply