8 Faktor Mempengaruhi Kesuburan

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan zuriat, samada secepat mungkin mahupun masih menanti masa yang sesuai. Mengikut kajian, hanya 25% pasangan suami isteri berjaya hamil selepas percubaan pertama, manakala selebihnya perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. 
Jadi, entry kali ini saya ini berkongsi 8 faktor yang mempengaruhi kesuburan seseorang. Moga boleh membantu 🙂

#1 Usia Wanita
 Usia wanita memainkan peranan penting. Semakin berusia, semakin kurang tahap kesuburan seseorang wanita. Kesuburan seseorang wanita mulai menurun selepas berusia 30 tahun.
#2 Kesihatan Pasangan
Begitu juga lelaki. Tetapi kesuburan lelaki tidaklah menurun secepat wanita. Biasanya, tahap kesuburan lelaki mulai menurun selepas mencecah usia 40 tahun.
#3 Gaya Hidup
Faktor pemakanan, senaman, tahap stres, tabiat tidur merupakan contoh gaya hidup yang boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Pastikan anda sihat, berhenti merokok, jauhi minuman keras, mengamalkan diet yang seimbang, tidur yang mencukupi dan senaman secara berkala, sekiranya anda ingin hamil.
#4 Stres yang Melampau
Tekanan perasaan juga memainkan peranan penting. Jangan terlalu stres untuk mendapatkan anak, mahupun terlalu stres dalam kerjaya. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk hamil.
#5 Pakaian
Pakaian lelaki terutama seluar dan seluar dalam yang ketat boleh mengurangkan penghasilan sperma berbanding lelaki yang berpakaian longgar.
#6 Masalah Hormon
Sesetengah wanita tidak mempunyai masalah untuk hamil, tetapi tubuh mereka tidak berupaya menghasilkan progesteron yang mencukupibagi mengekalkan kehamilan. 
#7 Bilangan Sperma Yang Rendah
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya, isteri mereka sukar untuk hamil. 
#8 Pengambilan Kafein
Jika anda gemar mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan potensi diri untuk hamil. Kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada di dalam tubuh  boleh melekat dalam uterus.
Ikuti entry berikutnya untuk mengetahui apa vitamin Shaklee boleh bantu dalam menyediakan pasangan untuk hamil

Leave a Reply