A glass of water

Sebenarnya, fungsi air bukanlah sekadar menghilangkab dahaga. Air penting bagi membantu pertumbuhan semula sel, bagi proses metabolisme dan menjadi medium pengeluaran toksik daripada tubuh kita. Para pengamal perubatan Islam menggalakkan pengambilan air suam dan mengelakkan pengambilan air sejuk. Bagi memudahkan kita mengukur kuantiti air yang masuk ke dalam badan, minumlah 250ml air sejam secara rutin. Selain itu, minumlah 20 minit sebelum makan dan 500ml air satu jam selepas makan. Ini bersamaan satu pertiga isipadu perut.

Penyahhidratan mungkin berlaku apabila kuantiti air yang keluar daripada badan lebih banyak dari kuantiti yang masuk ke dalamnya. Kesannya, air di dalam tisu badan diserap bagi membantu metabolisme. Ini menyebabkan tisu badan menjadi kering lalu mengakibatkan sel mengecut dan menua. Kopi adalah siuretika yang menyerap air dengan meningkatkan penghasilan air kencing. Apabila kita meminum kopi, seimbangkan dengan meminum air kosong yang sama kuantiti dengan kuantiti kopi yang kita minum.
** dipetik dr buku 365 tip sihat gaya Rasullullah

Leave a Reply