Benarkah Plastik Punca Fibroid?

Walaupun punca utama kedua-dua cyst dan fibroid masih tidak diketahui dengan lebih terpericnci, tetapi terdapat beberapa kajian mengatakan ianya berpunca daripada masalah hormon. Dikatakan juga plastik pun penyebab terjadinya fibroid. Betul ke?

PUNCA FIBROID DAN CYST

Kedua-dua cyst dan fibroid juga dikatakan berpunca daripada punca yang sama iaitu:  Dominasi hormon estrogen dan beban berlebihan dari hati.

Dominasi estrogen bermaksud kadar hormon estrogen adalah tinggi dan progesteron adalah rendah. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah obesiti, pencemarah dan juga xenoestrogen. Xeno bermaksud hormon yang lain, atau dikira macam alien atau benda asing. Dia meniru hormon estrogen. 
Selain pemakanan kita yang boleh mengundang terjadinya fibroid dan cyst, terdapat juga faktor bukan makanan yang boleh menganggu hormon wanita yang seterusnya menyebab berlakunya fibroid dan cyst. 

Baca sini untuk 4 jenis makanan penyebab fibroid dan cyst

APA ITU XENOESTROGEN?

Xeno bermaksud hormon yang lain, atau dikira macam alien atau benda asing. Dia meniru hormon estrogen. 
Xenoestrogen ini boleh dijumpai dengan meluas di dalam PCB (polychlorinated biphenyl), BPA (Bisphenol A), phthlates dan paraben. Kesemua bahan ini dikategorikan sebagai bahan pencemaran persekitaran (toksik) yang boleh memberi kesan hormon kepada manusia. 

JENIS XENOESTROGEN

#1. PCB merupakan sejenis bahan pencemar yang kebiasaannya digunakan dalam bahan elektrik seperti kapasitor dan transformers sehingga telah diban pada tahun 1979

#2: BPA merupakan bahan kimia industri yang biasanya digunaan dalam pembuatan plastik sejak 1960. Semua sedia maklum ia digunakan di dalam pembuatan bekas makanan dan juga botol susu. Maka penting untuk kita pilih yang tulis ‘BPA FREE’
#3: Phthalates atau dipanggil bahan untuk memplastikkan, digunakan secara meluas untuk membuat bahan plastik lebih fleksibel. Phtalates berada di mana-mana, makanan berproses, bahan plastik seperti mainan anak-anak, bahan pelekat, detergen, syampu dan pelbagai lagi.
#4: Paraben adalah bahan pengawet yang digunakan di dalam bahan kosmetik dan makanan. Ia boleh meniru estrogen dan pernah ditemui di dalam tumor payudara dan dikaitkan dengan barah payudara. Paraben boleh dielak dengan membaca label pada kotak atau botol sesuatu produk. selain perkataan paraben, perkataan 

Hydroxybenzoic acid dan hydroxybenzoate juga bermaksud paraben.

BAGAIMANA XENOESTROGEN MENYEBABKAN FIBROID

Xenoestrogens enhance or block the effects of estrogen in the body by binding to estrogen receptors. They also promote a shift from healthy estrogen breakdown products to cancer causing estrogen metabolites.

Bahan-bahan toksik ini akan menyebabkan terjadinya peningkatan tekanan oksidatif dan peningkatan insulin di dalam tisu disekitar cyst dan fibroid, selain bertindak meniru hormon estrogen. 
Peningkatan tekanan oksidatif dan peningkatan insulin ini akan menyebabkan sel di ovari (untuk keadaan cyst) akan menyebabkan pembiakan tidak terkawal sel theca interstitial di ovari, dan seterusnya menyebabkan ovulasi yang tidak normal. 
Perubahan hormon ini kebiasaanya mengurangkan telur yang berkualiti dan sihat. 

Xenoestrogen menghalang kesan estrogen ke atas badan dengan bergabung dengan receptor estrogen, menyebabkan peningkatan estrogen. Ini seterusnya mengakibatkan terjadinya fibroid. 

SITHY HARJIEAH 
012.887.9897
sithyharjieah@gmail.com

Leave a Reply