Bengkak kaki ketika hamil

Bengkak kaki ketika hamil

Masalah bengkak kaki adalah masalah yang kerap berlaku ketika mengandung. Apakah tang menyebabkan kaki bengkak ketika hamil? Sewaktu hamil, tubuh menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Selain itu, rahim kini membesar dan memberi tekanan ke atas salur vena. Jadi, pengaliran darah ke jantung dari kawasan kaki, betis dan paha akan terganggu. Antara lain, jika banyak berdiri, lebih banyak darah bertakung di kawasan kaki. Ini adalah sebab-sebab mengapa masalah kaki bengkak berlaku.
Oleh itu, antara saranan yang patut diikuti adalah:
– berehat seketika dari bekerja. Luangkan masa supaya dapat duduk atau baring sambil meletakkan kaki lebih tinggi.
– tidur secara mengiring. Sekali lagi, letakkan bantal di bawah kaki anda.
– jangan duduk bersilang kaki
– guna pressure-graded stocking. Jangan guna stoking biasa kerana ia tidak akan membantu pengaliran darah.
– bersenam setiap hari. Misalnya berjalan kaki selama 30 minit dengan menggunakan kasut yang sesuai.
Walau bagaimana pun, jika bengkak berlaku di sebelah kaki sahaja, hendaklah berjumpa doktok supaya doktok boleh memastikan ia bukan masalah darah beku atau lebih tepat deep vein thrombosis (DVT).  
====================================================================== 

Nak tahu supplement yang sesuai untuk masalah di atas, boleh hubungi saya 0128879897 | fb:sithyharjieah
=================================================================

Leave a Reply