Betulkah Hati Ayam Bagus Untuk Rawat Anaemia?

Kenapa muka kau pucat sangat ni? Mak tanya. Engkau ni kurang darah ni. Cuba makan hati ayam. Bagus untuk tambah darah.

Itulah biasa kita dengar kalau mak tengok muka kita pucat. Lagi-lagi masa mengandung kan? Tapi betul ke hati ayam bagus?

ANAEMIA DI KALANGAN IBU MENGANDUNG

Anemia ni sejenis penyakit disebabkan oleh kekurangan oksigen yang mengangkut darah ke seluruh badan. Sebab tu kita panggil kurang darah.

Di entry sebelum ini saya ada explain antara punca penyebab anaemia

50% daripada ibu yang mengandung kebiasaannya akan mengalami anaemia. Ini kerana, darah yang dihasilkan tidak mencukupi untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Salah satu sebabnya adalah disebakan oleh kekurangan zat seperti zat besi serta protein.

 

KENAPA HATI AYAM BAGUS UNTUK PESAKIT ANAEMIA?

Orang tua selalu kata, makan hati ayam, bagus untuk tambah darah. Tapi bagaimana?

Hti ayam mengandungi protein yang tinggi dan kaya dengan asid folik dan vitamin B12 yang penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat. Vitamin ini juga membantu mengelak kecacatan bayi ketika lahir.

Maka, ya memang hati ayam mampu membantu mengatasi anaemia.

Namun, di dalam Islam, memakan organ dalaman adalah makhruh. Ini kerana hati merupakan tempat berkumpulnya toksin untuk dineutralkan. Toksin yang tinggi di hati, jika di makan akan menyebabkan otak yang bengap.

Hati juga mempunyai racun yang tingi, kerana ayam kini kebanyakannya disuntik dengan ubat dan hormon untuk mempercepatkan tumbesarannya. Racun-racun di dalam hati ayam boleh mempengaruhi janin dalam kandungan ibu dengan menyebabkan kecacatan bayi.

Jadi, sebaik-baiknya ibu pilihlah makan lain untuk mengelak dan mengatasi anaemia.

 

APA MAKANAN LAIN YANG BAIK UNTUK ELAK DAN ATASI ANAEMIA

Apa kata cuba makanan berikut

#1. Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

Antaranya daging, ayam, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Selain itu, sayuran hijau yang kaya dengan zat besi seperti pegaga, kangkung, baya, dan kailan juga amat bagus.

#2. Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin C

Antara makanan yang mempunyai vitamin C yang tinggi adalah jambu batu, limau, betik, mangga. Sayur hijau seperti bayam, pucuk ubi, sawi dan pegaga juga kaya dengan vitamin C.

#3. Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin B

Antara makanan yang kaya dengan vitamin B adalah seperti asparagus, salmon ,telur dan brokoli

 

 

 

2 Comments

  1. Ira 6 August 2017
    • Umie 7 August 2017

Leave a Reply