Beza Mengandung Ketika Bekerja Dan Ketika Menjadi Surirumah

Saya dulu seorang ibu bekerja, sebagai Pegawai Penyelidik di sebuah hospital. Ketika anak saya yang sulung berumur 7 tahun saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Alasan saya sebab nak jaga anak di rumah. Itu kan idaman semua ibu? 😉

Ni raya tahun lepas, anak no 5 takde dalam gambar 😉

 

Masa saya ambil keputusan tu, anak saya dah 3 orang, ke semuanya lelaki. Yang sulung 7 tahun, yang kedua 3 tahun dan ketiga baru masuk 1 tahun. Seronoknya lah dapat layan anak-anak ketika tu.

Cabaran Mengandung Sebagai Surirumah

#1. Penat

3 bulan selepas saya berhenti kerja, saya disahkan mengandung anak keempat. Awal-awalnya seronok lagi. Sebab baru nak enjoy jadi surirumah kan?

Masuk bulan 4-5 kehamilan, saya dah mula rasa penat, tak larat. Sambil mengandung, kena jaga 2 orang anak di rumah. Yang ke3 tu masih nak kena pikul.

Kadang-kadang sambil buat kerja rumah, kena pikul anak no 3 tu kat tangan. Huhuhu

Bila dah jadi surirumah dengan anak kecik dan mengandung, nak berehat tu kena curi-curi sikit. Kalau diorang tidur tulah dapat lelap mata sekejap. Lepas tu dah kena bangun sambung kerja rumah apa yang patut, sebelum mereka bangun.

” Antara sebab menyebabkan ibu mengandung penat adalah kekurangan darah”

Kalau masa berkerja dulu, adalah masa rehat tengahari kan?

#2. Gangguan Emosi

Emosi pulak mula terganggu sebab rasa sunyi tanpa kawan nak berborak. Dulu kat ofis kan dah biasa ada kawan borak, lunch sama. Masa tulah cerita macam-macam.

Tup-tup berhenti kerja, takde teman nak borak di rumah. Encik suami pun malam baru ada. Siangnya memang sunyi. Nak ngadu rasa penat lelah pun payah.

Of course boleh watsapp je kawan-kawan, tapi tak sama lah kan, duduk lepak-lepak. 🙂

Kadang-kadang, anak nangis meraung, saya pun turut menangis bersama. Hahahha

#3. Sakit Belakang Dan Tumit

Kalau dulu masa kerja, sakit belakang masa mengandung sebab banyak duduk depan PC. Tapi bila dah jadi surirumah sakit belakang dan tumit sebab bawak baby berjalan sentiasa sambil kejar anak-anak lain.

Malam-malam Encik Suami lah jadi mangsa kena buat urutan.

 

Pertama Kali Mencuba Set Kehamilan Premium Shaklee

Masa nilah pertama kali saya mecuba Set Kehamilan Premium Shaklee. Saya dah kenal Shaklee masa berpantang anak ketiga. Jadi saya memang dah yakin dengan keberkesanannya.

Alhamdulillah, pengambilan set ini memang amat-amat membantu saya.

Saya ambil ESP, vitalea dan B complex di waktu pagi untuk berikan saya tenaga berpanjangan.

B complex juga bantu kawal emosi saya, agar tak mudah marah. Of course, sertakan sekali dengan zikir-zikir.

SR Vita-C pulak saya ambil untuk elak saya daripada sebarang jangkitan. Bila kita stress, memang akan cepat sangat dapat demam, selsema.

Ostematrix pulak amat membantu saya kawal sakit belakang dan tumit.

Manakala omega saya mula ambil di trimester ke 2. Selain baik untuk otak bayi, juga membantu megawal emosi saya.

 

Mengandung Anak Kelima

Bulan Mei yang lepas, saya baru sahaja melahirkan anak kelima saya 😉

Proses kehamilan nya pun lebih kurang sama. Cuma kalau ikut, lebih penat dari sebelum ni.

Mungkin sebab saya dah ambil semua vitamin ketika berpantang sehingga sebelum mengandung, maka kehamilan kali ini lebih mudah.

Ingin Mencuba Set Kehamilan Premium Shaklee?

Jika anda inginkan sebuah pengalaman mengandung tanpa masalah macam saya di atas, bolehlah dapatkan Set Premium Shaklee.

Klik je kat gambar bawah ni.

Atau boleh watsapp saya di www.wasap.my/60128879897 

 

2 Comments

  1. Dedaun Comel 10 August 2017
    • Umie 11 August 2017

Leave a Reply