Collagen: Apa Itu Kolagen?

Ramai yang hanya tahu kolagen hanya untuk kecantikan saja. Tapi ramai yang tidak tahu cerita sebenar kolagen untuk tubuh badan kita. 

Perbezaan kolagen di antara kulit muda dan tua
Apa itu kolagen?
Kolagen ni boleh kira macam gam UHU. Ia membantu ‘melekatkan’ tisu-situ di dalam tubuh badan kita. Jadi, bila kolagen berkurangan, maka tisu-tisu akan mengendur. Ia juga bertindak sebai ‘rubber band’ dan membantu regangan otot dan organ di dalam tubuh.
Kolagen ini terdiri daripada asid amino. 30% daripada asid amino di dalam badan kita adalah dibentuk oleh kolagen. Ia terdapat di merata tubuh badan kita, di tulang, di ligamen dan di tendon.

Apa Fungsi Kolagen?

Kolagen membantu memberi kekuatan kepada struktur tubuh dan juaga melindungi struktur tersebut. Contohnya kulit menghalang penyerapan dan penyebaran bahan-bahan patogenik, toksin daripada persekitan, mikroorganisma dan juga sel-sel kanser. 

 Kolagen juga boleh dijumpai di dalam semua tisu-tisu otot, salur darah di saluran pemakanan, jantung, buah pinggang dan pundi kencing. 

Kolagen juga merupakan komponen terpenting rambut dan kuku. 

Kesimpulannya, kolagen amat penting untuk tubuh badan manusia. Tanpa kolagen yang membantu menyokong tisu badan, maka badan kita akan mengalami kesakitan.

Leave a Reply