Cyst Ketika Hamil. Perlukah Cyst Dibuang?

Ovarian cyst merupakan penyakit yang kerap berlaku pada wanita. Keadaan ini kebiasaannya akan memberi kesan kepada kesuburan dan kebolehan seseorang wanita itu untuk mengandung. Tetapi, bagaimana pula bila saja disahkan mengandung, cyst juga turut dikesan sama?

Cyst Di Kalangan Wanita Mengandung

Cyst di kalangan ibu mengandung kebiasaannya dikesan secara tidak sengaja apabila si ibu membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi di dalam rahim ibu.

Ini kerana kedudukan rahim dan ovari yang dekat, memudahkan ia dikesan.

 

Bagaimana Cyst Pada Ibu Mengandung Tejadi?

Walaupun punca utama cyst masih tidak diketahui dengan lebih terperinci, tetapi terdapat beberapa kajian mengatakan ianya berpunca daripada masalah hormon.
Cyst juga dikatakan berpunca daripad Dominasi hormon estrogen dan beban berlebihan dari hati.
Dominasi estrogen bermaksud kadar hormon estrogen adalah tinggi dan progesteron adalah rendah. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah obesiti, pencemarah dan juga xenoestrogen. Xeno bermaksud hormon yang lain, atau dikira macam alien atau benda asing. Dia meniru hormon estrogen.
Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang, pengambilan gula dan lemak yang tinggi juga dipercayai menjadi antara penyebab terjadinya cyst dan fibroid.

Jika Terdapat Cyst, Perlukah Dibuang?

Terdapat 2 perkara yang perlu diambil kira untuk tindakan selanjutnya, samada cyst tersebut perlu dibuang, atau tidak.

#1. Jenis Cyst

Terdapat 2 jenis cyst di kalangan ibu mengandung, iaitu merbahaya (jenis barah) dan tidak merbahaya (bukan jenis barah / hanya mengandungi air).

Ujian darah untuk mengetahui kepekatan CA-125 dan pemeriksaan CT scan abdomen akan dilakukan bagi membantu doktor mengenalpasti jenis ovarian cyst ibu.

Jika cyst tersebut jenis yang tidak merbahaya dan tidak mendatangkan mudharat kepada ibu dan bayi dalam kandungan, maka cyst tersebut tidak perlu dibuang.

#2. Saiz Cyst

Cyst yang bersaiz <5cm dan tidak merbahaya, kebiasaanya tidak akan dibuang. Namun, jika ia jenis barah, ia tetap akan dibuang.

Walaubagaimanapun, jika cyst tersebut membesar melebihi 5cm, kemungkinan tinggi ia akan dibuang. Ini kerana cyst yang bersaiz besar dikhuatiri pecah, berdarah dan berpintal. Ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih tinggi kepada ibu hamil.

Selain itu, cyst yang membesar ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu mengandung serta akan memberi tekanan kepada abdomen dan rahim sekaligus menyebabkan terjadinya keguguran atau kelahiran pra-matang.

 

Jika perlukan pembedahan, pembedahan hanya akan dilakukan ketika kehamilan berusia 16-20 minggu

 

Bagaimana Pula Jika Tidak Mahu Dibedah?

Jika pesakit memilih untuk tidak mahu dibedah walaupun telah dinasihatkan doktor, maka doktor tidak dapat berbuat apa-apa. Namun pesakit adalah dipertanggungjawabkan di atas semua risiko jika cyst tersebut tidak dibuang.

Risiko Cyst Tidak Dibuang

Antara risiko yang mungkin ibu hadapi adalah cyst tersebut akan membesar dan pecah, berdarah atau berpintal. Jika ini terjadi, maka pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan.

Pemebedahan kecemasan ini tinggi risikonya. Antaranya adalah:

#1. Seluruh ovari berkemungkinan terpaksa dibuang, bukan hanya cyst yang berada di dalam ovari. Ini bagi mengelak komplikasi yang lebih besar, walaupun tengh mengandung.

#2. Alahan keterlaluan terhadap ubat bius

#3. Pendarahan yang banyak

#4. Kecederaan di anggota sekitar rahim, seperti pundi kencing, usus dan saluran darah

#5. Kecederaan pada rahim dan tiub fallopian

#6. Risiko jangkitan kuman selepas pembedahan kecemasan lebih tinggi

Ikuti Nasihat Doktor

Maka, adalah amat penting bagi para ibu yang mengalami cyst ketika mengandung untuk mengikut nasihata doktor untuk memastikan keselamatan diri serta juga anak di dalam kandungan.

 

 

Leave a Reply