Homemade Playdough Yang Mudah Dan Selamat

Anak saya, hari-hari demand nak buat playdough selepas kali pertama diorang buat dulu. Seronok. Kalau nak beli, saya memang tak bagi. Takut baby Musa pulak makan. Tapi sejak dah pandai buat sendiri ni, saya kasi je diorang buat dan main. Kalau baby Musa termakan pun, paling-paling rasa masin je. Hehe

Resipi Homemade Playdough (untuk 4 pewarna)

4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan garam
1 cawan air (1/4 cawan air untuk setiap pewarna)
2 sudu minyak (1/2 sudu minyak untuk setiap pewarna)
4 jenis pewarna cecair

Cara-cara membuat
Masukkan air ke dalam 4 mangkuk berasingan. Kemudian masukkan minyak dan pewarna ke dalam mangkuk berlainan.
Dalam mangkuk besar lain, gaulkan tepung bersama garam sehingga rata.
Setelah itu, masukkan secawan campuran tersebut ke dalam setiap mangkuk pewarna tadi.
Gaul dan uli guna tangan sehingga sebati dan membentuk doh yang dikehendaki. 

Sekarang sudah sedia untuk dimain.

Untuk penyimpanan, masukkan ke dalam plastik, dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Resipi kat atas ni untuk 4 warna. Kalau nak buat 8, gandakan aje.

Anak-anak pun seronok bermain
Inilah hasil kerja anak-anak. Boleh goreng dah donut tu 😉

Selamat mencuba yer umie-umie!!!

6 Comments

  1. me 1 October 2015
    • Umie 1 October 2015
  2. Nurul Huda Seenice 1 October 2015
    • Umie 1 October 2015
  3. Fatin 9 February 2016
    • Umie 15 April 2016

Leave a Reply