Kenali Rahsia Di Sebalik Kuku

Korang pernah terfikir tak, kenapa Islam benarkan kita hanya nampak muka dan kedua telapak tangan? Lepas tu, kalau zaman dulu-dulu, masa merisik tu, tukang risik tu biasa cek tangan bakal wanita yang disunting. Rupanya, selain nak tengok wanita tu subur tak, kuku wanita rupanya boleh tunjukkan wanita tu sihat tak. 

Orang dulu, memang bijak2 kan. Ada sorang dulu cakap kat saya, kuku yang mcm berlobang-lobang sikit tu (mengerutu kut), tu tanda dia ada masalah kulit. Contohnya panau ke, kurap ke (Ha, cepat-cepat cek kuku korang).

KUKU DAN KERATIN

Kuku terbentuk daripada satu lapisan protein keras yang dinamakan keratin. Ia merupakan protein yang sama yang membentuk rambut dan kulit. Kerana keratin, kuku juga antara anggota badan yang paling lambat diuraikan sekiranya ditanam.



KENALI KUKU ANDA

Pale fingernail beds on woman's hand1. Pail Nails (Kuku Pucat)

Kuku yang teramat pucat kadang-kadang menunjukkan penyakit yang serius, seperti anemia, congestive heart failure, masalah hati, dan kurang nutrisi.

Fingernail beds that are almost completely white
2. White nail (Kuku putih)

Sekiranya kuku berwarna putih dan ada bahagian yang berwarna gelap macam dalam gambar ni, ini boleh mengenalpasti masalah hati, seperti hepatitis. Dalam gambar sebelah, kuku ini ada kuning-kuning sikit (jaundice), tanda lain bagi masalah hati.

3. Yellow nails (Kuku Kuning)

Yellow fingernails on a woman's hand

Salah satu penyebab biasa kuku menjadi kuning ialah jangkitan fungus. Jika jangkitan ini berterusan, kuku mungkin akan retrack dan kuku akan menebal dan hancur. Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning ini menandakan seseorang itu mempunyai penyakit serius seperti penyakit thyroid yang teruk, lung disease, diabetes dan psoriasis.
(kuku kuning ini tidak termasuk akak2 yang goreng ayam kunyit tu yer..)

Essential acrocyanosis of the hands

4. Bluish Nails (Kuku kebiru-biruan)

Kuku dengan lapisan biru ini, boleh bermaksud bahawa badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ada beberapa masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku kebiru-biruan ini. 

 



fingernail pitting from psoriasis
5. Rippled nails (Kuku berlekuk)
Jika permukaan kuku berlekuk-lekuk, ini mungkin adalah satu petanda awal psoriasis atau inflammatory arthritis. Perubahan warna 
pada kuku adalah biasa, kulit di bawah kuku nampak seperti kemerah-merahan.

 
Split fingernail6. Cracked or split nails (Kuku pecah)

Kuku rapuh yang kering yang sering retak atau pecah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Kuku pecah atau retak combine dengan kekuningan lebih berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kulat.

Inflammation of the nail fold

7. Puffy Nail Fold

Jika kulit sekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ini dikenali sebagai keradangan kuku melipat (puffy nail fold). Ia mungkin adalah hasil lupus atau satu lagi gangguan tisu perantara (connective tissue disorder). Jangkitan boleh juga menyebabkan kemerahan dan keradangan kuku melipat.

Dark lines beneath the nail

8. Dark Line Beneath the Nail (Garisan hitam di bawah kuku)
Garisan hitam di bawah kuku harus diperiksa secepat mungkin. Ini kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, kanser jenis kulit yang paling berbahaya.

9. Gnawed Nail

Bitten fingernails

Menggigit kuku boleh jadi tidak lebih daripada satu kebiasaan lama (habit), tetapi dalam beberapa kes ia menjadi satu tanda persistent anxiety yang perlu mendapat rawatan. Menggigit kuku atau menarik kuku juga dikaitkan kepada gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak dapat berhenti, baik anda jumpa dengan doctor secepat mungkin. 

CANTIKKAN KUKU DENGAN PROTEIN SIHAT

Protein memainkan peranan yang amat penting dalam mendapatkan kuku yang cantik. 



Leave a Reply