4 Jenis Makanan Penyebab Fibroid Dan Cyst

Walaupun punca utama kedua-dua cyst dan fibroid masih tidak diketahui dengan lebih terpericnci, tetapi terdapat beberapa kajian mengatakan ianya berpunca daripada masalah hormon. 
Kedua-dua cyst dan fibroid juga dikatakan berpunca daripada punca yang sama iaitu:  Dominasi hormon estrogen dan beban berlebihan dari hati.


Dominasi Estrogen Aktifkan Sel Fibroid

Dominasi estrogen bermaksud kadar hormon estrogen adalah tinggi dan progesteron adalah rendah.  Dominasi estrogen menyebabkan uterus membesar, dan tanpa kesan keseimbangan daripada hormon progesterone, signal untuk memberhentikan tumbesaran uterus akan tidak diterima. 
Estradiol, sejenis estrogen, menyebabkan  sel fibroid untuk membahagi (replikasi), manakala hormon progestrone pula menghalang sel fibroid untuk mati. Kombinasi kesan ini akan meningkatkan tumbesaran tisu fibroid.
Maka, oleh kerana fibroid dan cyst dikatakan berpunca daripada masalah hormon, maka adalah penting untuk menjaga pemakanan yang boleh mengganggu hormon tumbesaran wanita bagi mengelak berlakunya fibroid. 


Makanan/Minuman Menyebabkan Fibroid dan Cyst

Antara makanan/minuman yang HARUS dielak agar kita terelak daripada gangguan hormon yang boleh menyebabkan fibroid dan cyst adalah:


#1. Gula dan karbohidrat

Gula dan karbohidrat akan mengakibatkan insulin circulate di dalam badan dan akan menyebabkan lebih estrogen dihasilkan. Ia juga akan menyebabkan berat badan bertambah dan kadar vitamin B menurun. Vitamin B ini amat berguna dalam membantu hati untuk memproses estrogen. 
Selain itu, kegemukan (yang salh satu sebabnya adalah pengambilan gula berlebihan) akan menyebabkan tisu lemak menukarkan testostrone kepada estrogen, menyebabkan lebih banyak hormon yang aktif. Kesan ini akan menyebabkan lebih banyak estrogen dan progeserone di dalam uterus, yang menggalakkan lagi pengembangan fibroid. 

#2. Minuman Berkafein dan alkohol

Mengurangkan pengambilan alkohol dan kafein juga boleh membantu mengelakkan berlakunya fibroid. Kafein dan alkohol akan menyebabkan tekanan kepada hati, yang menyebabkan ia gagal memproses estrogen. 
Minuman berkafein dan alkohol juga dikaitkan dengan merendahkan kadar penyerapan zat besi yang menjadi masalah apabila berlakunya pendarahan yang kuat. 

#3. Makanan tinggi kandungan lemak

Makanan tinggi kadar lemak seperti daging dan makanan tenusu juga baik untuk dikurangkan bagi mengelak fibroid. Badan kita boleh menggunakan lemak badan yang berlebihan untuk menghasilkan lebih estrogen. Ini akan mengakibatkan tekanan kepada hati. 
Ambil makanan yang rendah lemak dan bahan tenusu yang organik, dan elak lemak tepu dan lemak trans.
Selain itu, makanan yang bergoreng dengan minyak yang penuh, seperti ayam goreng, french fries juga mengandungi lemak yang tinggi. 

#4. Makanan yang disuntik hormon

Ayam antara contohnya merupakan makanan yang telah disuntik hormon tumbesaran agar cepat membesar. Ini juga antara makanan yang patut dielak untuk kerana ia secara tidak langsung akan mengganggu hormon pada badan manusia. 
Selain itu, soya juga dikaitkan dengan punca terjadinya gangguan hormon. Ini kerana terdapat soya di pasaran yang telah disuntik dengan hormon bagi memastikan soya tersebut membesar dengan cepat bagi memenuhi permintaan pasaran. 
Walaubagaimanapun, tidak semua soya yang berada di pasaran disuntik hormon. Anda boleh pilih ‘Non-GMO’ soya. 


Vitamin Sebagai Cara Stabilkan Hormon Wanita

Selain mengambil terapi hormon di hospital, saya amat cadangkan agar wanita yang mempunyai masalah hormon agar mencuba vitamin semulajadi untuk mengatur hormon yang dengan secara semulajadi. 
Ramai yang telah merasai kebaikan daripada vitamin Shaklee ini dengan masalah hormon mereka. 

Supplement Yang Membantu Stabilkan Hormon Dan Elak Fibroid dan Cyst

#1 GLA Shaklee

GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO). Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. 
Setiap kapsul GLA mengandungi 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya juga digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon dan menstabilkannya semula. 

#2 ESP Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berasaskan kacang soya. 
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanyalah kacang soya yang mengandungi ‘non-GMO’ (non-genetically modified organism) yang mana ia diprosess pada kadar suhu rendah. 
Setiap satu tin ESP (850gm) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.
ESP ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 
Salah satu manfaat ESP adalah baik untuk hormon. Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. 

#3 Vivix Shaklee

Vivix merupakan produk terbaik daripada Shaklee. Diperbuat daripada bahan utamanya anggur muscadine yang kaya dengan polyphenols dan resveratrol yang kaya dengan antioksida daripada 10x ganda dari resveratrol biasa.
Resveratrol membantu mengimbangi hormon wanita serta mengawal sel-sel daripada rosak serta menyebabkan berlakunya fibroid. 
Baca lebih lanjut mengenai resveratrol dan polyphenols di sini

Dapatkan Vitamin Semulajadi Ini Sekarang

Sudah ramai yang merasai kehebatan vitamin semulajadi ini. Anda pun boleh turut merasainya.
Untuk pertanyaan dan order, boleh hubungi saya seperti di bawah.
SITHY
012.887.9897
ID:919085
sithyharjieah@gmail.com

Leave a Reply