Makanan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Penghidap Ovarian Cyst

Bila doktor sahkan saja ibu ada cyst ketika mengandung, adalah amat penting bagi ibu untuk menjaga pemakanan. Ada makanan yang perlu diambil dan ada yang perlu dielak bagi memastikan cyst tidak membesar dan mengecut dari saiz asal.

Makanan Yang Tidak Baik Untuk Ovarian Cyst

Antara makanan yang tidak selamat dan perlu dielak untuk diambil oleh penghidap ovarian cyst adalah:

1. Gula Putih

Pengambilan gula atau karbohidrat secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan hormon estrogen di dalam badan.

Ini berlaku apabila insulin berlebihan di dalam badan akibat peningkatan gula menyebabkan estrogen dihasilkan secara berlebihan.

Gula juga menyebabkan berat badan bertambah. Akibatnya vitamin B akan berkurangan dan menyebabkan hati tidak dapat memproses hormon estrogen yang berlebihan.

Selain itu, kegemukan juga akan menyebabkan tisu lemak menukarkan testostrone kepada estrogen, menyebabkan lebih banyak hormon yang aktif.

Kesan ini akan menyebabkan lebih banyak estrogen dan ia akan menggalakkan lagi pengembangan ovarian cyst.

2. Kafein dan Minuman Beralkohol

Kafein dan alkohol akan menyebabkan tekanan kepada hati, yang menyebabkan ia gagal memproses estrogen.

3. Makanan Tinggi Kandungan Lemak

Badan kita boleh menggunakan lemak badan yang berlebihan untuk menghasilkan lebih estrogen. Ini akan mengakibatkan tekanan kepada hati, dan hati gagal memproses estrogen yang berlebihan.

4. Gandum (Wheat)

Kurangkan atau elak pengambilan produk gandum seperti tepung gandum yang boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Produk berasaskan gandum mempunyai asid phytic yang mengikat mineral seperti magnesium dan zink yang amat bagus untuk keseimbangan hormon.

Makanan Yang Membantu Kecutkan Ovarian Cyst

Selain mengawal pengambilan makanan yang tidak selamat untuk ovarian cyst, pengambilan makanan yang mampu membantu mengecutkan csyt juga amat perlu.

Antaranya adalah:

1. Makanan antioksida tinggi.

Antara punca berlakunya cyst adalah disebabkan oleh gangguan hormon.

Hormon ini terganggu disebabkan oleh beberapa faktor seperti persekitaran, pemakanan yang tidak sihat dan gangguan emosi.

Ini semua terjadi disebabkan oleh berlakunya gangguan oleh radikal bebas. Radikal bebas ini akan menyebabkan kerosakan kepada sel dan hormon di dalam badan. Dan seterusnya menyebabkan terjadinya ovarian cyst.

Maka, pengambilan makanan beranti-oksida tinggi amat bagus untuk memperbaiki sel rosak dan hormon yang tidak teratur.

Antara makanan kaya dengan anti-oksida adalah anggur, buah ceri, lobak unggu dan dark coklat.

2. Makanan Berasaskan Soya

Makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe amat baik untuk penghidap cyst. Soya merupakan sumber protein terbaik berbanding daging dan mampu mengawal hormon estrogen.

2. Makanan kaya dengan Magnesium

Makanan seperti kacang badam, pisang dan buah prune merupakan anatara makanan yang kaya dengan magnesium yang baik untuk untuk mengurangkan rasa kejang yang disebabkan oleh ovarian cyst.

3. Minyak Ikan (Omega-3)

Untuk menyeimbangkan hormon estrogen yang berlebihan, pengambilan omega-3 amat penting.

Antara ikan yang baik adalah ikan salmon.

Senaman Untuk Kehidupan Lebih Sihat

Selain menjaga pemakanan di atas, senama juga amat penting bagi penghidap ovarian cyst.

Bagi yang mengalami berat badan berlebihan, pengawalan berat badan amat penting.

Ovarian cyst boleh dikecutkan dan dihilangkan terus tanpa membuang ovari jika kita terus mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan diri kita.

MemSithy

Sahabat Hamil Anda

012.887.9897

Leave a Reply