Tips Mudahkan Proses Bersalin Tanpa Air Selusuh ( Kelahiran Ini Paling Mudah bagi Saya)

Normallah bagi seorang ibu atau bakal ibu risau bila tiba dekat waktu nak bersalin. Pasti macam-macam petua bagi memudahkan proses bersalin dicari, dibaca dan diamalkan. Salah satunya adalah menggunakan air selusuh. 
Bagi saya pula, hanya kelahiran ke 3 saya gunakan air selusuh. Yang pertama, tak tahu pun air selusuh tu apa. Yang ke2, tak ready apa benda pun, sebab beranak awal 3 minggu. Tetapi yang ke4, saya sengaja tidak sediakan air selusuh. Dan Alhamdulillah, proses kelahiran ini paling mudah. 
Insyaallah, cara ini pasti memudahkan anda juga.
Lakukan Apa Allah Suka, Tinggal Apa Allah Larang
Setiap sesuatu berlaku adalah aturan Allah. Nak bersalin pun, Allah yang aturkan. Jadi yang hanya akan membantu di kala kita melahirkan adalah Allah. Maka, dengan menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. 
Amalkan apa yang Allah suka. Ini yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan dan dilakukan setiap hari sebulan sebelum bersalin.
#1 Istighfar, Selawat, Doa Nabi Yunus, Lailahaillallah – 100x setiap pagi dan petang
#2 Membaca Al-Quran (anda boleh niat dan cuba untuk habiskan 30 juz sepanjang tempoh kehamilan)
#3 Membaca Surah Yassin setiap pagi
#4 Solat Tahajud
#5 Solat Dhuha
Mohon Dipermudahkan Segala Urusan Di Hari Bersalin
Ini antara yang tepenting. Berdoalah kepada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan. Urusan ni bukan hanya urusan kita di dalam bilik bersalin. Urusan ini bermula dari sebelum kita ke hospital lagi. Nak tinggal anak kat siapa, husband sempat ke balik rumah bawak kita ke hospital, jalan jem ke tidak, semua itu adalah urusan yang kadang-kadang kita fikir remeh. 

Ketiga-tiga anak saya lahir di awal pagi (tengah malam lah). Mula contraction semua sama, jam 8.00 malam. Kelahiran kedua, saya tinggalkan anak dengan adik. Begitu juga kelahiran ke3. Tetapi untuk ke4 ni, kami mula risau sebab tak tahu nak tinggalkan dengan siapa, kalau ditakdirkan perlu ke hospital di malam hari. Dipendekkan cerita, Allah permudahkan segalanya. Saya start pecah ketuban jam 3 pagi. Jadi, lepas hantar anak ke sekolah dan rumah pengasuh pukul 7.30 pagi, kami ke hospital. Trafik pulak lancar.

Pastikan Badan Tetap Bertenaga
Yang ini pun penting. Kita kena ikhtiar jugak. Pastikan badan kekal bertenaga. Nak push pun perlu tenaga yer. Saya sendiri, sebelum ke hospital sempat bancuh 3 sudu ESP bersama dengan air ais (last kan minum ais, sebelum pantang ;)). Alhamdulillah, amat membantu sangat-sangat. Kalau nak makan memang diorang tak kasi dah. 

Jadi ibu-ibu, silalah amalkan. Dan boleh tengok bagaimana Allah permudahkan segalanya. Sambil menunggu nak beranak tu, bolehlah baca surah Yassin ke, berzikir ke, istighfar ke. Jangan pulak dok maki nurse ke doktor pulak. Lagi-lagi jangan marah-marah pulak kat husband. Itu semua mempengaruhi. 

ESP jangan lupa. Lainlah kalau memang target nak beranak potong je, yelah kan, tak larat nak push, sebab takde tenaga. 

(ESP ni boleh diguna terus untuk berpantang untuk mengekalkan tenaga dan memperbanyakkan susu tau!!! RM150 je untuk penggunaan sehingga habis berpantang)

6 Comments

  1. rahaton azirah ramli 6 November 2014
    • Umie 6 November 2014
  2. Nor Hayati Ramli 6 November 2014
    • Umie 6 November 2014
  3. nur aini amran 8 June 2015
  4. nur aini amran 8 June 2015

Leave a Reply