Anak Demam Dan Klinik Tutup? Ikuti 10 Tips Rawat Anak Demam Dengan Cepat Dan Tanpa Ubat

Kebiasaannya anak demam mesti pada waktu malam kan? Masa ni lah panas badan diorang ni paling tinggi. Kita pulak kalut ajak suami pergi klinik. Nak kena carik pulak klinik 24jam. Akhirnya, tak jadilah ke klinik, sebab takde klinik bukak tengah-tengah malam. Mulalah minta tolong En. Google, nak mintak tips rawat anak demam dengan cepat dan tanpa ubat. 

Mari saya kongsikan tips yang saya sendiri amalkan, dan Alhamdulillah, berkesan. Dah 2 tahun anak-anak tak ke klinika atas sebab demam dan selsema.

1. Buka baju anak, biar pakai pampers je. Takpun, bagi baju longgar sikit
2. Lap (sponging) anak selalu. Kalau boleh setiap 5 minit, bagi yang betul2 panas. Kalau ok lagi, setiap 15 minit pun ok. Kalau terpaksa, mandikan dengan air suam
3. Jangan selimutkan anak. Kalau takut anak sejuk, tutup kipas. Ini biasa orang tua suruh kita selimutkan. Keluar peluh kononnya. Tapi, ia sebenarnya menyimpan panas badan, dan membuar demam tak baik-baik.
4. Mandikan anak dengan mulakan di kaki ke atas. Panas akan keluar melalui bahagian kepala
5. Amat tidak digalakkan menggunakan. penyejuk di kepala. Ia akan menarik panas ke kepala anak. Kalau nak guna jugak, letak kat bahagian lain badan
6. Lumur kepala anak dengan air asam jawa yang pekat. Ia membantu menyejukkan kepala anak
7. Daun bunga raya pun bagus dilumurkan di kepala anak yang demam
8. Bagi anak minum air yang banyak. Susu ke, air suam ke, ribena ke, air green tea ke.. Lebih kerap dia berak, lebih cepat panas badan akan hilang.
9. Bagi anak makan aiskrim. Aiskrim dalam kontena yer. Bukan yang paddle pop ke, aiskrim potong ke. Ini membantu meningkatkan imun badan mereka
10. Bagi vitamin c lebih daripada biasa kepada anak untuk perlindungan dari jangkitan
Semua di atas ini adalah tips rawat ketika anak demam. Tapi, anda juga boleh mencegah anak demam. Kan mencegah lebih baik dari merawat?
Tingkat Imun Badan Anak
Untuk tingkat imun badan anak, saya bagi je diorang makan aiskrim. Bila tak selsema lah yer. Dr pun sarankan macam tu. Jadi, anak lebih kuat bila demam menghampiri. Selain itu saya juga memberi anak saya Nutriferon Shaklee. Antara fungsi utama nutriferon yang saya suka adalah ia melindungi anak dari selsema atau flu.

Selain
daripada itu, dengan mengimbangi kepada
respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, ia nya juga mampu untuk
mengukuhkan system imun badan dalam masa 3 hari. Interferon di dalam
nutriferon akan merangsang & mempertingkatkan sistem imun melawan
sel-sel perosak, iaitu T-cell, B-cells dan mikrofag.
                                                         

                                                                   

Selain itu, saya juga memberikan mereka Omega Guard, minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA, yang baik untuk minda anak-anak. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan imun dan menyihatkan paru-paru. Ianya amat baik untuk mengelak anak-anak daripada asma. Omega Duard ni, kalau bagi kat anak-anak berkahak, memang cepat kahaknya hilang.
Chewable Vita-C Plus ni memang sesuai untuk anak-anak. Vitamin C amat penting bagi melindungi anak daripada jangkitan kuman. Namun, vitamin C tidak dapat dhasilkan oleh badan. Maka pengambilan vitamin c yang mencukupi bagi kanak-kanak adalah amat penting. Vita-C ni mudah dikunyah. Kalau sakit tekak, hisap je, Insyaallah baik.

Yang paling menjadi kegemaran anak-anak saya ialah Mealshakes. Rasa vanilla yang sedap. Bancuh buat smoothies lagi diorang suka. Mealshake ini merupakan sumber protein, vitamin dan mineral lengkap untuk anak-anak, terutama bagi yang suka memilih makanan atau susah nak suruh makan. Mealshake ini membantu menambah selera makan anak, di samping memberi perlindungan kepada tubuh badan anak-anak. 
 

Jadi amatlah penting bagi memastikan anak-anak sentiasa bersedia menentang segala serangan kuman yang hadir. Insyaallah, dengan perlindungan baik, kita pun dapat kawal serangan yang hadir.
Takkanlah setiap kali serangan datang, baru nak cari dan sediakan ‘perlindungan’ kan???

One Response

  1. MyLife Ria 2 December 2014

Leave a Reply