Resipi Botok Telur Masin Yang Buat Anda Asyik Teringat

Title tak hingat!!!  😛

Resipi botok ni saya dah buat 2,3 kali. Memang menjadi. Resipi asal daripada nenek. Biasa pakai beli je. Tapi beli memang tak sama rasanya. Jauh lebih sedap kalau buat sendiri.

Resipi Botok Umie (Untuk 5 biji botok)
—————————–
Bahan dihiris halus:
5 helai pucuk mengkudu
5 helai daun kunyit
7 helai pucuk singkel (pokok ladybird) – tak tahu pulak nama lain pokok ni 🙂

Bahan dikisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang puting
Kunyit hidup
5 genggam kelapa parut
3 batang serai
3 sudu kerisik

Bahan lain:
5 biji telur masin
10 helai daun mengkudu untuk membalut
1 sudu tepung kari
Sedikit garam
Sesudu gula

Cara Membuat:
Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus da campurkan bersama daun yang telah dihiris halus. Kemudian masukkan tepung kari, garam dan gula. Pecahka telur masin dan asingkan kuning dan putihnya. Bahagian puth, ambil lender sahaja, bukan air nya, dan masukkan ke dala campuran bahan kisar dan daun tadi. Gaul rata.

Untuk membalut, letakkan sehelai daun mengkudu dan letakkan campuran daun tadi di atasnya, diikuti bahagian kuning telur masin. Kemudian ditutup kembali dengan campuran daun tadi. Bungkus dau mengkudu seperti membungkus nasi lemak. Jika daun mengkudu kecil, tutupka dengan sehelai lagi daun mengkudu sebelum membungkusnya.

Kukus selama 10 minit (atau sehingga daunnya lembut).

Sedia untuk dimakan dengan nasi panas

Nyum nyum!!

Apa lagi, seamat mencuba. Sekali buat, pasti teringat-ingat 😉

Leave a Reply