[RESIPI EAT CLEAN] Burger Sayur Sedap & Sihat

Untuk resipi eat clean pertama ni, saya share resipi saya buat inti burger ni yer. Resipi ni jugak saya guna untuk buat nugget untuk anak-anak saya makan. 

Inti Burger


Bahan-bahan

200 gm isi ayam fresh
100gm lobak 
50gm bayam
3 sudu rolled oat
sesudu garam
2 sudu serbuk oreganao
1 sudu serbuk lada hitam
* Bahan-bahan ni bolehlah ubah ikut kesesuaian. Nak banyakkan lagi sayur ke, nak tambahkan lagi isi ayam ke

Cara-cara:

Semua bahan di atas di hancurkan bersama. Jika anda ada food processor, masukkan semua sekali dan blend je. Kalau takde, ayam tu cincang guna pisau. Jangan guna blender biasa, rosak nanti. Dan kita tak nak ada air. Lobak tu boleh parut halus. bayam, cincang halus. bagi semua halus lah. Nanti kalau anak jenis tak makan sayur, diorang tak perasan 🙂

Lepas dah gaulkan semua, bentukkan ikut suka hati anda. Kalau nak buat inti burger tu, leperlah sikit. simpan dalam peti sejuk dalam 1 jam dulu. Lepas tu boleh goreng dengan minyak zaitun yang sikit atas kuali, hingga masak.

Untuk roti, saya beli wholemeal bread je. Kalau kat Kuching ni saya beli kat kedai kek Taka.

Masukkanlah sayur salad.

Nak lagi sihat, buat mayonnaise sendiri. nanti saya sharekan resipinya. Sos pun cuba elakkan, kecuali sos buatan sendiri (ni belum try lagi)

Apa lagi, cubalah. Dan share lah rupanya yer.

Nugget Sayur

Kalau nak buat nugget pun boleh guna menu yang sama. Cuma cara bentukkan lah berbeza. Saya biasa salutkan dengan cornflake pun boleh. Macam ni. Yang ni dah goreng.

Dah tu boleh buat stock lebih sikit.

Yang ni pulak saya masukkan cheese kat dalam.

Nak Menu Eat-Clean Menarik Yang Lain?
Ha, kalau nak lebih menu menarik dan resipi lain eat-clean, korang boleh lah join program Slim Raya 2016 dengan saya and the geng. Dalam ni kami selalu share resipi menarik yang mudah, enak dan selamat dimakan 😉
Untuk pertanyaan mengenai set detoks, bolehlah hubungi saya di nombor di bawah.


Leave a Reply