Kita selalu dengar bahawa soya menyebabkan berlakunya cyst dan fibriod. Ada juga yang kata soya menyebabkan barah. Tapi setakat mana kebenarannya, kita pun tak pastikan?
Kenali Soya
Soya merupakan sumber protein lengkap. Malah ia dikatan jauh lebih baik dari daging kerana mengandungi protein yang lebih tinggi.
Selain harganya yang lebih jimat, soya juga mengandungi 4 kali lebih lemak tidak tepu yang baik untuk jantung.
Namun, kandungan phytoestrogen yang dikatakan tinggi di dalam soya dikatakan menyebabkan berlakunya cyst dan menyebabkan cyst membesar.
Sebelum kita ketahui adakah betul soya boleh menyebabkan terjadinya cyst atau tidak, jom kita kenali dulu apa itu estrogen.
Jenis-Jenis Estrogen
Estrogen merupakan hormon wanita yang amat penting. Ia baik untuk kekuatan tulang selain baik untuk otak.
Terdapat 3 jenis estrogen iaitu:
- Estrogen
- Phytoestrogen
- Xynoestrogen
Walaupun namanya hampir sama, namun ianya adalah berbeza.
Xenoesteogen
Xenoestrogen merupakan jenis estrogen yang memang tidak baik untuk badan.
Xenoestrogen ini boleh menyebabkan terjadinya cyst, fibroid dan barah.
Ianya biasa di dapati di dalam pembuatan botol plastik.
Estrogen Dan Phytoestrogen
Phytoestrogen pula mempunyai kadar pertukaran sel yang sangat rendah. Apabila kita makan phytoestrogen, tindakan tukar ganti sel tadi adalah lebih rendah.
Phytoestrogen tidak sama seperti estrogen biasa. Ianya hanya didapati dari tumbuh-tumbuhan dan bebas dari kolesterol.
Jadi, Adakah Soya Selamat Dimakan Pesakit Cyst?
Kicap dan tempe merupakan antara makanan yang diperbuat daripada soya.
Adakah ianya selamat?
Ya. Ia selamat diambil oleh pesakit cyst.
Namun hatus diingatkan, kandungan yang tinggi di dalam kicap dan juga minuman kotak soya mungkin menyebabkan pembesaran cyst kerana gula adalah antara makanan yang tidak baik untuk cyst.
Pendek kata, penjagaan pemakanan amat penting bagi mengelakkan berlakunya cyst.