Malaysia cuti panjang. Yea!!! Tapi takkan nak duduk rumah je. Boring wei. Lagi-lagi untuk surirumah macam akak ni ah. Hari-hari hadap kerja rumah, muak jugak.
Memandangkan dah lama tak jalan-jalan sejak ada baby Khodeejah ni, kami pun ambik keputusan nak bercuti. Tapi nak main jauh-jauh dari bandar Kuching dengan anak-anak kecik memang susah sikit.
Kita putuskan cuti di bandar Kuching je. Dan kami pilih apartment yang terletak di atas Vivacity.
Mencari Homestay
Untuk mencari homestay, area mana sekalipun kami bercuti, kami akan cari di Airbnb. Klik je kat gambar bawah ni.
Nanti saya buat satu entry khas cara nak buat booking dengan Airbnb.
Homestay Apartment Vivacity, Kuching
Pertama kali cari di Airbnb rasa macam tak percaya ada homestay di sini. Pilih punya pilih dapatlah sebuah apartment di sini.
Apartment yang kami pilih kecik je. Just nice untuk kami punya small family (small ke? 2 adult with 5 kids?).
Harga di sini range dari RM180 ke RM280. Kena pilihlah ikut bajet masing-masing. Yang kami duduk kali ni RM 225 (belum termasuk service charge dan deposit).
Kalau saya, saya pilih berdasarkan beberapa kriteria:
- Decoration ( kut boleh tiru mana yang cantik kan? ?)
- Harga
- Bilangan bilik
- Owner yang superhost kat Airbnb
Apartment yang Lengkap
Masuk je apartment, anak dah terWOW-WOW. Maknya pun terlopong sama. ?

Bila dapat welcome note macam ni, happy ooo
Apartment yang kitorang pilih ni namanya LALA LAND @ Vivacity. Ada 2 bilik dengan katil queen setiap bilik. Ada satu bilik mandi dengan shower nya yang kuat. Ada balkoni untuk duduk lepak malam-malam.
Lagi, ada washing machine, microwave, induction cooker, petiais, tv with Njoi, dvd player dan iron.
Owner turut bekalkan towel 4 helai.
Setiap unit apartment kat sini diberi 1 lot parking dan juga kad akses. Jadi, kena ada kad akses ni nak masuk semua tempat kat apartment ni.
So, complete dan selamat kan? Berbaloi-baloi.
Facility yang Superb
Bila jalan tengok facilities yang ada lagilah WOW.
Apa yang ada?
- Swimming pool utama
- Baby pool
- Mini pool
- Sauna / steam
- Library
- Taman permainan
- Taman bunga / tempat jogging
Apa Aktiviti Lain Menarik
Namanya pun dah apartment atas Vivacity. Kat bawah ni memang Vivacity. Turun je lift terus ke shopping mall.
Vivacity ni shopping mall terbesar di Kuching
Jadi untuk aktiviti lain, bolehlah korang tengok wayang dengan anak-anak.
Apa tunggu lagi, korang booklah homestay sini. Insyaallah tak rugi. Cuma pesan saya, contact host tu dulu dalam airbnb tu. Tanya masih kosong tak?.
Ok, enjoy trip korang nanti. Kitorang sudah pasti datang lagi. Maybe try unit lain pulak kat sini .
Mem Sithy
#bilaorangsarawakmelawatsarawak
Cantiknya apartment ni..
Tak heran kenapa swimming pool malamnya baru ramai. Sebab nampak cantik bila malam
Nang superb….maok juak try lps tok….mun makey trivago atau agoda… dpt sik rega yg lebih murah ooo….will try sbb mcm best gilak2…tq for sharing the info ?
Sik pernah juak makey trivago atau agoda sis. hehehe. Boleh cuba, nei tau dapat lagik murah o.