Stress Pembunuh Senyap. Punca Segala Penyakit!!

Sekarang ni, banyak sangat kes-kes bunuh diri, membunuh orang, mengurung diri, malah lebih teruk yang sanggup membunuh anak-anak sendiri. Sebab utama, bermula dengan tekanan atau kebiasaannya kita panggil sebagai STRESS yang mengakibatkan kemurungan. 

Mengikut statistik tahun 2011, terdapat seramai 400,227 orang pesakit yang menerima rawatan sebagai pesakit mental di hospital kerajaan. Ini merupakan peningkatan 15.6% daripada jumlah pesakit yang dilaporkan pada tahun 2010.
Malah, dianggarkankan, menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung.
Menakutkan kan? Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan yang kita adalah salah seorang pesakit yang mengalami tekanan jiwa. Bukan apa, takut sangat dikatakan gila. 

Apakah Stress

Stress bermaksud berada di bawah tekanan perasaan atau tekanan emosi yang sangat teruk. Sesuatu tekanan akan bertukar menjadi stress bila kita tidak dapat mengawalnya. 
Tekanan datang dari pelbagai faktor. Ada faktor kerja, faktor ekonomi, faktor pelajaran, faktor hubungan, malah faktor berat badan dan kecantikan pun boleh menjadi penyebab stress terjadi, terutama di kalangan wanita. 
Stress boleh menganggu cara kehidupan kita, perasaan, pemikiran, tingkah laku dan bagaimana tubuh badan kita bekerja. 
Stress Mengganggu Hormon
Ramai yang tidak tahu bahawa setiap penyakit yang mereka alami bermula dengan stress. Paling mudah, jerawat di muka. Ramai yang kaitkan jerawat dengan hormon. Hormon yang tidak menentu menyebabkan jerawat semakin ‘menghiasi’ muka. Tapi asal hormon yang tidak betul adalah dari stress yang kita alami. 
Apabila keadaan stress terjadi, tubuh badan kita akan merembeskan hormon seperti hormon kortisol, sejenis hormon stress. Hormon ini dirembes agar kita dapat mengawal tekanan atau melawannya. Apabila stress terkawal, hormon ini akan menjadi kembali normal. Tetapi jika stress tidak dapat dikawal, maka ia akan terus berada di dalam badan dan ia akan mengganggu sistem imun tubuh badan kita.
Bagaimana Stress Boleh Membunuh
Apabila sistem tubuh badan kita merembeskan hormon kortikol, ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah serta lemak di dalam darah (trigliserides). Perembesan hormon ini juga boleh menyebabkan kadar nadi semakin laju, sakit kepala, sesak nafas, pernafasan yang cepat, kepenatan, sentiasa cemas, susah tidur dan susah untuk menelan. 
Semua gangguan tersebut menjadi punca kepada penyakit fizikal yang lebih teruk, terutamanya penyakit berkaitan jantung, kanser, penyakit berkaitan imun sistem, masalah usus serta masalah arteri. Bukankah penyakit-penyakit ini yang menjadi pembunuh utama kita sekarang?

Apa Perlu Dibuat Sekarang?
Tanggani stress anda. Kawal punca yang menjadi penyebab stress anda.

Nantikan entry saya berkaitan dengan punca stress, serta vitamin yang amat berguna untuk menangani stress.

One Response

  1. MyLife Ria 27 October 2014

Leave a Reply