Nak Banyakkan Susu Badan? Tip No 1 Ramai Tak Tahu!!

Setiap kali tengok ibu-ibu share gambar susu penuh satu peti sejuk, geram betul hati. Bukanlah rasa mereka berlagak, tapi rasa tercabar. Mereka mampu, saya pasti mampu jugak. Susu saya sedikit, sampai rasa nak mengalah je menyusukan anak ni. Tapi, Alhamdulillah saya berjaya jugak susukan anak saya hingga sekarang (1 tahun 6 bulan).

Ini kisah anak saya no 3. Sekarang dah anak no 4.

Saya ni bukan jenis yang banyak susu badan. Saya dikategorikan sebagai mempunyai susu badan yang sedikit. Takdela sehebat orang lain yang melimpah ruah susunya. Tapi bila mengandung anak ke3, saya nekad dan tekad nak bagi susu badan.

Jadi saya yakin tips ini membantu saya berjaya (walaupun tak sepenuhnya).


#1 Niat sespesifik yang mungkin dan sepenuh jiwa
Ini yang penting, niat. Niatkan nak susu anak sendiri dengan susu badan. Tapi masalah saya masa anak no 3, saya niat setengah jiwa je. Nak susukan anak, 6 bulan pun jadilah. Maka, dapatlah saya menyusukan anak 6 bulan sepenuhnya. Tapi lepas tu, makin kurang dan campur susu formula.

#2 Tambah ilmu penyusuan
Penting ni!! Korek ilmu, kalau boleh sebelum beranak. Jangan ikut mcm saya, masa tengah pantang baru nak korek. Memang tak ready Dunia Ibu Mengandung pun banyak ilmu), baca buku ke, tanya ibu-ibu menyusu yang lain ke. BF support group pun banyak sekarang.
lah jawabnya. Korek seawal mungkin. Masuk group penyusuan kat fb ada banyak (Group

#3 Ambil supplement untuk kesihatan badan & emosi
Supplement, ada sesetengah orang tak yakin ni. Tapi agi saya, supplement bukan sekadar nak tambah susu badan (even tu lah tujuan utamanya kan? hehe), tapi nak bagi kesegaran kepada tubuh badan dan juga emosi, Tubuh badan yang sihat, cergas, sihat serta emosi yang baik mampu menambahkan penghasilan susu.

Yang supplement ni, saya ambil Set Bersalin Shaklee ni. Saya ambil set ni bukan sebab nak tambah susu, tapi sebab badan penat. Berpantang sorang, dengan lagi 2 anak, mau tak penat. Hehehe. Alhamdulillah, set ini mampu bagi badan saya cergas dan penghasilan susu lebih banyak. (Set sama ni jugak saya ambil untuk anak saya no 4 ni, sehingg sekarang, anak saya berumur 1 tahun 6 bulan).

#4 Kerap Susukan Bayi 
Ini petua nak susu banyak. Kerap susukan anak, sekerap mungkin. Ada yang kata 13 kali dalam tempoh 24 jam. Kalau anda ibu bekerja, kerapkan pam susu anda. Bila anda kosongkan payudara, otak akan mengeluarkan signal ‘oh, tak cukup susu ni, kene hasilkan lebih banyak ni’ dan susu akan dihasilkan lagi.

Ala-ala macam flush kan tandas lah, bila kita flush, air isi balik. Macam tu lah. Hehehe.

Ingat je ni, Insyaallah, susu akan sentiasa banyak. Bila susu mula kurang, pam susu anda sekerap mungkin. Mungkin dalam selang 2 jam sekali, terutama di tengah malam. Masa ni hormon penghsailan susu tengah di tahap tertinggi. Keadaan pun lebih tenang kan 😉


#5 Makan Makanan Berkhasiat
Makan makanan berkhasiat, mengikut piramid makanan yang betul. Cukup nutrisi, badan sihat, susu pun makin banyak. Dan jangan lupa minum air masak banyak. 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.

Ada banyak lagi tips yang lain. Tapi ni je dulu saya sharekan yer 😉

Dan nak tahu hasilnya, tengok gambar kat bawah ni. Kalau dulu nak dapat 1 oz pun susah, Alhamdulillah seronok hati tengok hasil macam ni. Hehehe..

Jadi, ibu-ibu jangan cepat mengalah. Teruskan usaha. Bila rasa nak putus asa, cepat-cepat cari teman mengadu dan cari sokongan. Insyaallah pasti berjaya
Sekarang saya dah jadi salah seorang BF support group di kejiranan saya. Jadi jika anada inginan bantuan dan sokongan, insyaallah saya boleh membantu. Hubungi saya di 012 8879897. Insyaallah saya akan membantu. 

Leave a Reply