Tips Elak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

Sekarang baby Musa dah ada gigi. 2 kat atas, 2 kat bawah. Dan dia dah main gigit pulak masa menyusu. Kadang-kadang tu rasa nak menangis je. Bila dia nganga mulut nak susu pun dah cuak. ;).  Macam-macalah cara nak elak kene gigit si Musa ni. Tapi sedaya upaya jugak nak bagi agar dia tak putus susu.

Antara tips yang ibu-ibu boleh cuba jika anak dah mula menggigit ketika menyusu adalah:

1. Alihkan bayi daripada payudara
Antara langkah mengelakkan gigitan bayi dengan mengalihkannya daripada payudara secara perlahan-lahan. Sambil tu, bolehlah luahkan perasaan secara berhemah dan lemah lembut kepada bayi. Contohnya ‘ Sayang jangan gigit umie, sakit’. Untuk seketika, biarkan bayi baring sendirian.

2. Tekapkan muka bayi ke payudara
Dengan menekapkan muka bayi ke payudara, ia membuatkan bayi rasa lemas dan akan membuka mulutnya untuk bernafas semula. Bunyi macam kasar kan? Tapi berkesan 😉

3. Leraikan dengan jari
Jika ibu-ibu merasakan anak dah satr gigit payudara, masukkan jari kelingking ke bahgian tepi mulut bayi, untuk meleraikan gigitan. Tapi, jangan sesekali leraikan penyusuan dengan tiba-tiba. Nanti sakit puting pulak dibuatnya.

4. Posisi yang selesa
Ibu hendaklah memastikan posisi yang selesa untuk bayi dan ibu ketika menyusu.

5. Elakkan jeritan
Elak menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Apatah lagi memukul atau menampar pipinya. Ini akan membuat bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, menyebabkan bayi enggan menyusu lagi.

Susu ibu boleh digunakan sebagai penawar sakit puting akibat didgigit bayi dengan menitiskan beberapa titik susu ibu ke atas puting dan urut bahagian berkenaan secara lembut

Leave a Reply