Salah satu kesan selepas bersalin yang paling ditakuti adalah rambut gugur. Mana taknya, rambut yang gugur tu je boleh penuh lantai bilik mandi, kadang-kadang tersumbat bilik mandi. Belum cerita pasal sikat pulak. Mulalah kita sana sini cari tips elak rambut gugur ketika pantang, kan?
Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin
Ketika ibu mengandung, sejenis hormon iaitu estrogen berada pada tahap yang tinggi. Namun, apabila ibu melahirkan anak je, ia akan menurun dengan mendadak. Perubahan hormon ini akan menyebabkan perubahan emosi pada ibu. Ia juga akan mempengaruhi rambut ibu. Rambut ibu akan mula gugur dan akan berlarutan sehingga paras estrogen kembali normal.
Tetapi rambut yang gugur ini boleh dikawal, agar jumlah rambut yang gugur akan berkurang. Takdelah penuh sangat bilik mandi dengan rambut kan?
Alhamdulillah, sejak amal cara di bawah ni, rambut saya berjaya dikawal kegugurannya. Jadi, selamatlah mata saya daripada tengok bilik mandi penuh dengan rambut 😉
Ini cara saya:
1. Lepas mandi, biar rambut terbuka, jangan di’bungkus’
2. Jangan sikat rambut ketika basah
3. Jangan ikat rambut ketika basah
4. Paling penting, elak stress!!!!
Selain tu, saya juga amalkan pengambilan Zinc Complex Shaklee. Asalnya ambik zinc ni sebab nak cepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Tapi, kesan sampingannya pulak, rambut semakin kurang gugur. Mau tak seronok!!
Jadi, kalau ibu-ibu lepas bersalin nak kawal dan elak rambut gugur lepas bersalin, saya amat galakkan ambil je zinc complex ni. Hanya 2 biji sehari mampu jimat duit anda beli shampoo atau tonic mahal-mahal untuk elak rambut gugur. Pasti suami makin rajin belai rambut. Takdelah nak belai-belai asyik lekat kat jari dia kan? 😉
Betul tuer,jangan gunakan dryer untuk cepat keringkan rambut.
Nasib tak suka hair dryer. Dulu masa ada bela kucing, beli dryer untuk dia. Tuan dia, pakai kipas je la. 🙂