Tips Simpan Sayur Agar Kekal Segar

Saya memang peminat sayur. Lagi-lagi sayuran hijau ulan-ulaman. Layan!!!!

Kalau
kat Kuching ni, ada pasar awal pagi. Murah sangat-sangat. Seikat sayur
dalam 5kg tak sampai rm10. Kalau cili kadang-kadang rm4 je sekilo.

 

Satu
je masalah, rumah saya ni saya je peminat sayur. Jadi kalau beli
banyak-banyak, bahagi-bahagilah dengan sedara-mara. Selebihnya simpan je
buat stok. Tapi sayur hijau ni, kalau tak tau cara, memang tak tahan
dan cepat buruk.
Jadi saya nak kongsi satu cara nak simpan sayur hijau agar sentiasa segar. Cara ni saya belajar dari arwah nenek saya dahulu.
Arwah
nenek kata, balut sayur-sayur dengan surat khabar lama. Baru masuk peti
sejuk. Jangan basuh dulu. Balut je.. Saya pulak tulis nama siap-siap.
Yelah, senang bila nak masak nanti. Takdelah nak bukak satu-satu kan.
Apa lagi, bolehlah cuba nanti 🙂

One Response

  1. Aan Rusmanto 27 October 2014

Leave a Reply