Vitamin Yang Diperlukan Ibu Mengandung Agar Ibu dan Bayi Sihat

Mengandung? Pasti ibu-ibu risau apa yang perlu dimakan dan perlu dielak kan? Keperluan pemakanan ibu mengandung sedikit berbeza daripada wanita yang tidak hamil. Terdapat beberapa vitamin penting yang diperlukan oleh ibu mengandung untuk menjamin perkembangan bayi serta kesihatan ibu.

6 VITAMIN PENTING UNTUK IBU MENGANDUNG

#1. Vitamin B 

Vitamin B amat penting sejak sebelum dari kita mengandung lagi.  Vitamin B ini amat penting dalam pembentukan tulang bayi.

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup vitamin B9 (asid folik), bayi yang lahir berkemungkinan mengalami masalah tulang belakang terkeluar daripada badan.

Selain itu, vitamin B juga membantu ibu untuk lebih cergas serta membantu dalam mengawal emosi ibu dan mengelak dari morning sickness.

Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin b adalah barli, daging lembu, beras perang, keju, buah kurma, sayur hijau, susu, salmon, tuna.

 

#2. Asid Lemak Omega 3

Omega 3 merupakan sejenis asid lemak tidak tepu. Ia merupakan asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada pemakanan atau makanan tambahan.

Omega 3 amat penting dalam pembentukan saraf otak bayi serta saraf tunjang bayi.

Minyak ikan yang terbaik adalah minyak ikan yang mengandungi kesemua 6 jenis omega 3 termasuk DHA, EPA dan ALA

Antara sumber makanan yang kaya dengan omega 3 adalah ikan, bijirin dan telur

 

#3. Protein

Protein amat  untuk memberi tenaga kepada ibu yang tengah mengandung, kerana ibu perlukan tenaga yang lebih banyak ketika hamil.

Selain itu protein merupakan bahan asas untuk membina sel dalam badan bayi. Sel yang sihat, menjamin organ dan tubuh badan bayi yang sihat.

Untuk mengelak ibu daripada mengalami tekanan darah tinggi (pr-eklampsia) dan mengawal paras gula bagi ibu yang mengalami kencing manis (GDM), protein ini amat membantu.

Antara sumber makanan yang kaya dengan protein adalah daging, ikan, ayam, telur, kekacang, soya dan sayur hijau

 

#4.  Zat besi

Ketika mengandung, ibu memerlukan lebih zat besi kerana ibu dan bayi menghasilkan sel darah merah setiap hari.

Bacaan darah amat mudah untuk turun ketika mengandung kerana badan menghasilkan lebih banyak plasma darah (cecair) dan menyebab sel darah merah menjadi rendah. Ini dipanggil ‘dilutional anemia’.

Maka, ketika ini, pengambilan supplemen zat besi amat penting.

Zat besi ini penting dalam:

  • pengangkutan oksigen dari paru-paru ke tisu. Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen ke dalam tisu yang memerlukan.
  • penting dalam pembentukan hemoglobin
  • mengelak ibu daripada mudah letih dan mendapat jangkitan
  • mengelak risiko bayi tidak cukup bulan dan kekurangan berat bayi

 

#5. Kalsium dan vitamin D

Ibu mengandung memerlukan 1200mg kalsium dan 2000unit vitamin D setiap hari. Ketika mengandung, bayi akan mengambil kalsium dari ibunya.

Jika ia tidak mencukupi, maka bayi akan extrak kalsium dari tulang mak. Maka jadilah saki gigi, sakit belakang dan sebagainya.

Vitamin D pula berfungsi untuk membantu penyerapan dan penyimpanan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap dan disimpan.

Kalsium amat penting untuk:

  • pembentukan tulang bayi yang kuat
  • membantu ibu melindungi ibu dan kesihatan ibu
  • pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat
  • pembekuan darah, penghantaan gerak balas saraf dan kontraksi otot
  • mencegak ibu mendapat osteoporosis

 

#6. Vitamin C

Vitamin c sangat penting untuk menguatkan sistem imun ibu agar tidak mudah dijangkiti kuman dan bakteria. Ibu mengandung mengalami sistem imun yang rendah dan mudah terdedah kepada demam, batuk, demam campak dan sebagainya.

Selain itu vitamin c juga membantu membekalkan kolagen untuk penghasilan tendon, sendi dan tulang yang kuat serta kulit yang sihat dan cantik.

 

IBU MENGANDUNG TAKDE SELERA MAKAN, BAGAIMANA NAK DAPATKAN SEMUA VITAMIN NI?

Kalau saya mengandung, berat pasti turun di awal kehamilan. Asyik muntah. Yang dapat masuk hanyalah ais krim.

Maka di sinilah amat penting bagi ibu mengandung mengambil supplemen untuk memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi.

 

ADAKAH SEMUA SUPPLEMEN SELAMAT?

Terdapat banyak suplemen yang yang mampu membantu menambah keperluan vitamin ibu mengandung di pasaran. Namun, adalah amat penting bagi ibu – ibu tahu isi kandungan vitamin serta keselamatan dan keberkesanan vitamin-vitamin tersebut.

Selain perlu menjaga diri, ibu juga perlu menjaga janin yang ada di dalam kandungan.

 

SET KEHAMILAN SHAKLEE PREMIUM – Melengkapi Keperluan Vitamin Ibu Mengandung. Selamat dan Berkesan

Di Shaklee, kesemua produk Shaklee telah diuji di makmal oleh para saintis Shaklee. Hasil kajian juga diterbitkan di dalam jurnal-jurnal. Ini bagi menjamin keselamatan serta keberkesanan produk Shaklee itu sendiri.

Set kehamilan premium Shaklee merupakan set yang lengkap merangkumi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh para ibu yang mengandung.

Set ini mengandungi 6 produk iaitu:

#1. B-complex

Perbezaan B-Complex Shaklee dengan Vitamin B yang lain adalah ianya lengkap dengan kesemua 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik.

#2. Omega Guard

Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di pasaran. Ia lengkap dengan 7 jenis  minyak omega 3 termasuk DHA, EPA dan ALA. Ia diekstrak daripada ikan laut dalam dan bukannya dari hati ikan.

#3. Vita-lea iron

Vita-Lea merupakan multi-vitamin, yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah. Ia juga diselaputi dengan spirulina. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air juga tubuh manusia.

Vitalea membekalkan zat besi kepada ibu mengandung bagi mengelak terjadinya darah rendah atau anemia.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea  Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

 

#4. ESP

Ini menjadi kegemaran saya. Ianya berbentuk serbuk. Amat membantu dalam memberi tenaga yang berterusan kepada tubuh badan.

ESP diperbuat dari soya, sumber protein yang terbaik daripada tumbuhan. ESP diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal serta mempunyai kualiti protein yang tinggi.

ESP merupakan satu-satunya produk di passaran yang membekalkan kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh badan

 

#5. Ostematrix

Ostematrix merupakan sumber kalsium yang dilengkapi dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.  Mineral ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh badan dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Sebiji ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium. Maka ia mampu menampung keperluan ibu yang mengandung.

 

6. Sustained Release Vita-C Plus

SR Vita-C Shaklee ini merupakan vitamin c yang menggunakan sains pembebasan berterusan secara semulajadi. Ujian klinikal membuktikan bahawa 2 biji vitamin c di dalam SR Vita C ini mampu kekal di dalam plasma darah selama 24jam.

 

IBU SIHAT, ANAK SIHAT DENGAN SET KEHAMILAN PREMIUM SHAKLEE
WhatsApp kami di 012-8879897  untuk pembelian set kehamilan premium shaklee.
Jadual pemakanan Set Kehamilan Premium Shaklee dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian dari kami, umieohumie.com sahaja. Harap maklum.

 

 

 

 

 

 

2 Comments

  1. Syakilla 3 August 2017
    • Umie 3 August 2017

Leave a Reply